1News Online:
Home » » Tarikan Salalah

Tarikan Salalah

Wednesday, November 7, 2012 | 11:28 PM



SALALAH yang merupakan bandar kedua terbesar di Oman menjadi tarikan jutaan pelancong dari seluruh dunia terutama ketika musim monsun.

Ketika itu, Salalah berpesta melalui festival yang dianjurkan khusus untuk pelancong sama ada tempatan mahupun antarabangsa.

Sebaik sahaja musim monsun bermula iaitu antara Jun sehingga September, pelancong akan berpusu-pusu ke Salalah yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi terutama gunung-ganang serta hutan semula jadi.

Malah, sejarah Salalah juga dikaitkan dengan mitos Nabi Sulaiman. Bandar ini dikatakan menjadi peninggalan 'harta karun' menjadikannya salah tempat bersejarah di dunia Islam.

Sehingga kini, Salalah menjanjikan kepuasan buat pengunjung serata dunia dengan pantai yang cantik dan warisan budaya yang pelbagai.

Salalah Terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Muscat yang berhampiran Lautan Hindi.
Gunumg Jibal Dhofar setinggi 1,000 meter di dataran Salalah di barat Yemen merupakan panduan pelayar sejak zaman berzaman.

Sejak ribuan tahun dahulu gunung itu telah dijadikan panduan para pelayar yang dalam perjalanan dari Afrika, Laut Merah, India dan lain-lain.

Pada musim monsun, pelawat disajikan dengan festival yang menawarkan keindahan warisan budaya di rantau itu.
Acara-acara itu yang berlangsung bermula pada Jun itu mampu memberi kepuasan kepada pelancong.

Mereka dapat menikmati persembahan muzik rakyat, permainan tradisional, pertunjukan seni dan bacaan puisi Salalah.
Festival tersebut salah satu daripada aktiviti-aktiviti pada musim 'Kharif' yang bermula dari 28 Jun dan sehingga akhir September.

Kawasan itu juga yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2002, kini berkembang pesat.
Salalah kini muncul sebagai salah satu pusat perdagangan yang paling terkemuka di serata dunia.

Untuk keterangan lanjut mengenai Salalah dan pelbagai destinasi menarik lain di Oman boleh layari www.omanair.com


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger