1News Online:
Home » » Tawaran Seri Pasific

Tawaran Seri Pasific

Thursday, November 22, 2012 | 8:06 PM


MUSIM cuti sekolah tentu ramai ibu bapa yang mahu membawa keluarga masing-masing bercuti.Destinasi percutian pula tentunya berbeza-beza kerana ada yang mahu bercuti di pulau, ada yang memilih resort di tepi pantai dan ada pula yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi ibu negara.

Bagi yang mahu bercuti di ibu negara, Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur menyediakan pakej percutian yang mereka gelar sebagai jualan akhir tahun dan cuti sekolah.

Pakej yang ditawarkan itu juga selari dengan seruan kerajaan dalam menjayakan Kempen Jualan Akhir Tahun (YES 2012).

Pakej yang ditawarkan itu bermula dari November sehingga Disember dengan harga tawaran bermula dari RM215.

Promosi tersebut termasuk penginapan satu malam di bilik superior berserta dengan pelbagai tawaran menarik.

Ini termasuk bufet sarapan pagi percuma untuk dua orang di Restoran Zende, penggunaan Internet dan perkhidmatan pengangkutan sehala ke The Curve dan Kidzania.

Selain itu, tawaran diskaun 20 peratus ke atas khidmat dobi, panggilan tempatan dan restoran hotel turut diberikan, manakala 30 peratus untuk rawatan spa di Tirta Spa, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Untuk pasangan yang mempunyai anak di bawah 12 tahun, pihak hotel juga memperuntukkan katil tambahan percuma.

Para pelancong boleh juga mencuba Pakej Famili untuk tiga hari dua malam yang menarik.

Sepanjang penginapan, pelbagai kegiatan santai turut menanti tetamu. Terdapat pilihan tempat menjamu selera yang menarik termasuk di Restoran Zende dan Kofuku Japanese Cuisine Restaurant - Restoran Jepun untuk dikunjungi.

Chereza Lounge adalah tempat libur yang menarik bersama keluarga sambil diiringi irama muzik Jazz di waktu petang atau malam.

Sukan dan aktiviti kecergasan boleh dinikmati di kolam renang dan gimnasium hotel. Sebagai destinasi utama untuk bersantai dan peremajaan, tetamu boleh memilih untuk memanjakan diri dengan rawatan dan program yang ditawarkan di Tirta Spa.

Sempena YES 2012, ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan membeli-belah sempena musim perayaan disamping untuk keperluan persekolahan anak-anak.

Mereka boleh menaiki LRT dari hotel ke pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.

Untuk anak-anak bersantai, taman tema Kidzania terletak Cuma 10 minit sahaja dari Hotel Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Seri Pacific Kuala Lumpur adalah hotel bertaraf lima bintang yang merupakan satu-satunya hotel yang bersambungan dengan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra, berhampiran dengan transit LRT dan pusat membeli-belah putra di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Dengan kapasiti 560 bilik, dekorasi suite yang elegan, 14 bilik mesyuarat termasuk dewan utama Pacific Ballroom, Seri Pacific Kuala Lumpur adalah sesuai untuk perniagaan, pelancongan dan santai.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi ini dan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, sila layari laman web www.seripacifichotel.com dan hubungi 03-4042 5555 atau email resv@seripacific.com untuk tempahan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger