1News Online:
Home » » Tempat Menarik di Malaysia untuk Berbulan Madu

Tempat Menarik di Malaysia untuk Berbulan Madu

Tuesday, November 6, 2012 | 8:22 PM



Tempat menarik di malaysia untuk berbulan madu sememangnya dicari-cari oleh pengantin baru atau bakal pengantin baru. Sebut sahaja destinasi berbulan madu, kita akan terbayangkan bersantai di tepian pantai atau setidak-tidaknya makan malam di bawah cahaya lampu. Bukan terhad di pantai atau pulau sahaja, ada juga yang suka berbulan madu di lokasi sama ada di gunung-ganang ataupun di tanah tinggi. Antara lokasi yang terkenal untuk berbulan madu ialah seperti berikut;

Pulau Tioman

Tioman memiliki lanskap yang menakjubkan dengan hutan hujan malar dari bukit yang menjadi titik tengah pulau sehingga ke pasir putih memeluk pantai . Kepada yang sukakan suasana romantik dan sunyi bersama si dia bolehlah melalui satu jalan denai ke Tekek, arah utara dari Salang dan arah selatan dari Genting. Pulau Tioman memang terkenal dengan aktiviti snorkeling dan bermandi manda. Untuk suasana malam yang romantik cubalah menjamu selera di satu dari banyak restoran menghadap laut.

Pulau Langkawi

Tempat menarik di malaysia untuk berbulan madu yang seterusnya ialah di pulau terbesar di Malaysia. Banyak lokasi untuk pasangan baru berkahwin boleh menikmati bulan madu dengan penuh ketenangan. 2 tempat pilihan untuk berbulan madu adalah Teluk Datai dan Tanjung Rhu. Terletak di utara pulau Teluk Datai menjadi lokasi resort mewah.. Kira-kira 20 kilometer dari Teluk Datai di mana terletaknya Tanjung Rhu (juga dikenali sebagai Casuarina Bay) yang memiliki pantai dengan air laut memukau menghadap Laut Andaman. Semasa air surut, anda dan pasangan boleh ke Pulau Pasir dan Pulau Gasing. Di kawasan paya berhampiran ajaklah pasangan anda memberi makan kepada helang dengan tangan.

Cameron Highlands

Cameron Highlands salah satu tempat menarik di malaysia untuk berbulan madu yang memang cukup terkenal dengan suasana yang sejuk. Untuk pasangan yang suka aktiviti luar Cameron Highlands adalah destinasi yang sesuai dengan cuacanya yang nyaman dan suasana sunyi. Nikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang Teh yang luas. Anda boleh sampai ke Cameron highlands dengan menggunakan jalan dari Tapah yang mengambil masa lebih kurang sejam.

Banyak lagi sebenarnya tempat menarik di malaysia untuk berbulan madu yang boleh anda kunjungi. Antaranya ialah Santubong yang terletak 35 kilometer dari Kuching, Santubong memberi anda keunikan tersendiri dengan pantai-pantai yang cantik dan tarikan budaya tempatan.

Selain itu, Tanjung Aru di Kota Kinabalu. Selain mandi-manda dan berehat di pasiran pantai anda menjelajah pulau-pulau berhampiran dan memancing laut dalam di Laut China Selatan.

Pulau Redang juga tidak kurang hebatnya untuk pergi berbulan madu. Pantai Pasir Panjang yang indah pastinya melambai anda dan pasangan untuk ke sana. Anda boleh cuba aktiviti snorkeling di pulau-pulau kecil (Pulau Pinang dan Pulau Ekor Tebu) yang terletak berhampiran. Lokasi berbulan madu ini terletak 45 kilometer dari Kuala Terengganu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger