1News Online:
Home » , , » Terkini: Chelsea pecat Di Matteo

Terkini: Chelsea pecat Di Matteo

Wednesday, November 21, 2012 | 6:05 PM


Akaun Twitter rasmi Chelsea telah mengesahkan bahawa pengurus mereka Roberto Di Matteo telah meninggalkan pasukan.

Kekalahan 3-0 Chelsea di Itali pada hari Selasa dalam perlawanan Liga Juara-Juara bermakna kemungkinan besar Chelsea akan menjadi juara bertahan pertama yang akan gagal mara dari pusingan kalah mati.
Chelsea telah bertindak dengan memecat pengurus Roberto Di Matteo pada hari Rabu.
Pasukan Blues gagal meraih kemenangan dari empat perlawanan terakhir dalam liga domestik dan telah disingkir dari tempat utama oleh Manchester City yang berada empat mata di hadapan mereka.

Kenyataan oleh kelab itu telah berkata: "Kelab bola sepak Chelsea telah berpisah dengan pengurus Roberto Di Matteo pada hari Rabu.
"Prestasi pasukan kebelakangan ini tidak cukup baik dan pemilik serta pihak pengurusan berpendapat bahawa kami perlu tukar pengurus demi memburu matlamat kami."
"Pemilik dan pihak pengurusan ingin berterima kasih kepada Roberto untuk segala sumbangan beliau sejak mengambil alih pada bulan Mac. Roberto telah mendorong kejayaan kelab ini dalam kejuaraan Liga Juara-Juara dan kemenangan dalam Piala FA, yang merupakan ketujuh untuk kelab ini. Kami tidak akan lupakan sumbangan beliau.
"Kami akan mengumumkan pengurus baru nanti."
Kini semua akan memberi tumpuan kepada kelab itu yang dijangka akan mendapatkan kerjasama dari bekas pengurus Barca, Pep Guardiola.
Guardiola telah dilaporkan dalam perbincangan dengan pasukan Blues tetapi telah mengambil setahun masa rehat dan adalah pilihan kegemaran untuk mengambil alih tempat Roberto Di Matteo.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger