1News Online:
Home » , , » Terry meraung kesakitan

Terry meraung kesakitan

Monday, November 12, 2012 | 2:40 PM


John Terry bakal menerima keputusan setelah mengalami kecederaan dalam penampilan kembali beliau untuk pasukan Chelsea pada hari Isnin.

Kapten pasukan Blues itu terpaksa melalui rawatan MRI setelah meninggalkan Stamford Bridge bergantung kepada tongkat dan pengdakap di lutut kanan beliau setelah keputusan seri bersama Liverpool dalam saingan Liga Perdana Barclays.
Terry meraung kesakitan sepuluh minit sebelum babak pertama berakhir apabila Luis Suarez memberikan terjahan keras kepada kaki beliau dalam pertembungan mereka.

Setelah beliau dirawat selama lima minit, beliau turut diangkat keluar padang dan diberikan perhatian oleh kakitangan pasukan.
Ia merupakan permainan domestik pertama untuk pemain yang berumur 31 tahun itu setelah melalui hukuman penggantungan empat perlawanan akibat kes perkauman.
Beliau akan dikecualikan lebih lama jika kecederaan itu dikatakan serius kerana beliau baru melalui pembedahan pada lutut yang sama awal bulan Februari.
Pengurus Roberto Di Matteo berkata: "Kami sedang manantikan keputusan esok (Isnin) untuk memahami kecederaan beliau dengan lebih lanjut.
"Apabila seorang pemain memberikan reaksi seperti itu, ia amat membimbangkan. Beliau kini berada dalam kesakitan dan akan ke hospital untuk melalui rawatan. Kami mengharapkan bahawa ia bukan kecederaan yang serius.
Terry dilihat sedang dipujuk oleh Di Matteo sebelum pasangan itu pulang ke bilik persalinan.
"Saya risau akan kesihatan beliau," pengurus Itali itu menambah.
"Beliau baru kembali sejurus selepas penggantungan itu dan ia tampil hebat untuk melihat beliau bermain di atas padang."
Sudah tentu, pemain pertahanan itu sedang menikmati penampilan kembali beliau setelah membawa pasukan ke hadapan dengan jaringan gol pada minit ke 20.
Di Matteo menyatakan: "Beliau telah bermula dengan baik. Ia amat mengecewakan bahawa beliau terpaksa diangkat keluar padang kerana beliau menyerlah setakat itu."
Ketiadaan Terry terbukti menjejaskan pasukan Cehlsea apabila Suarez berjaya menyamakan kedudukan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger