1News Online:
Home » , , » The Gunners Di Minta Kuatkan Pertahanan

The Gunners Di Minta Kuatkan Pertahanan

Wednesday, November 14, 2012 | 11:39 AM


London - Dalam beberapa perlawanan terakhir, Arsenal bolos dengan banyak gol. Olivier Giroud berharap perkara ini tidak berterusan berlaku dan meminta pasukannya untuk memperkuatkan pertahanan.

Pada tiga perlawanan pertama Premier League musim ini, pertahanan The Gunners mendapat pujian kerana tidak bolos satu gol pun. Tapi, keadaan sebaliknya berlaku sekarang ini.


Gawang Arsenal bolos lima kali apabila mereka mengalahkan Reading pada Piala Liga Inggeris, akhir bulan lalu. 'The Gunners' juga gagal menang atas Schalke 04 pada perlawanan Liga Champions dengan melepaskan peluang ketika berada  di depan dengan dua gol. Perkara serupa berlaku apabila mereka bermain seri 3-3 dengan Fulham, hujung minggu lalu.


Giroud menganggap jumlah gol ke gawang pasukannya kebelakangan ini terlalu banyak. Untuk memperbaiki perkara tersebut, dia menilai keseluruhan pasukan perlu bertanggung jawab.

"Kami sudah bolos dengan banyak gol. Kalau kami selalu bolos dua atau tiga gol, maka akan sukar untuk menang. Jadi, kami perlu memperbaikinya," kata Giroud pada laman rasmi kelab.

"Tapi, itu bukan cuma (tanggung jawab) pemain pertahanan. Ini (tanggung jawab) pasukan secara keseluruhan," katanya
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger