1News Online:
Home » , , » Theo Walcott Tukar dengan Raheem Sterling

Theo Walcott Tukar dengan Raheem Sterling

Sunday, November 18, 2012 | 11:07 AM


LONDON - Arsenal dilaporkan bersedia untuk melepaskan Theo Walcott kepada Liverpool.
Skuad The Gunners juga sanggup membayar tambahan sebanyak £8 juta (RM39.03 juta) bagi menukar Walcott dengan Raheem Sterling.
Difahamkan, rundingan antara Walcott dan Arsenal berhubung sambungan kontrak pemain sayap England itu sudah berakhir.
"Menjadi satu kemestian bagi kami untuk mengekalkan pemain-pemain terbaik tetapi jika kami terpaksa menjual Walcott, kami mahu menggantikannya dengan pemain yang lebih hebat," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Spekulasi mengenai pertukaran pemain itu tercetus selepas Arsenal dan Walcott gagal mencapai persetujuan setelah berunding sejak beberapa bulan lalu.
Arsenal juga tidak bersetuju dengan permintaan pemain berusia 23 tahun itu mengenai bayaran gaji yang dipercayai mencecah £90,000 (RM439,038) seminggu berbanding tawaran skuad The Gunnersiaitu sekitar £10,000 (RM48,782) seminggu.
Selain itu, Walcott turut mendesak Wenger untuk menjadikannya sebagai penyerang utama.
Kontrak Walcott masih berbaki lapan bulan dan dia bebas untuk berunding dengan kelab-kelab lain bermula 1 Januari depan.
Sementara itu, pemain muda Liverpool, Sterling, 17, masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan tetapi pihak pengurusan skuad The Reds bersedia untuk menawarkan perjanjian baharu bagi mempertahankannya.
Pengurus skuad The Reds, Brendan Rodgers juga pernah mengakui bahawa beliau berminat untuk mendapatkan Walcott tetapi tidak sanggup melepaskan Sterling.
Sterling memiliki rekod yang baik apabila menjadi pemain paling muda dalam skuad England ketika menyertai skuad kendalian Roy Hodgson pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Sweden, Rabu lalu.
Dalam pada itu, para penyokong Arsenal pasti tidak berpuas hati sekiranya seorang lagi pemain utama mereka meninggalkan kelab tersebut.
"Ya, peminat-peminat sudah bosan. Anda fikir saya tidak bosan?
"Saya juga mahu mengekalkan semua pemain terbaik. Saya mengadakan perbincangan setiap hari bersama Walcott tetapi bukan setiap hari saya bercakap mengenai kontraknya." - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger