1News Online:
Home » » Tiga maut masa lumba

Tiga maut masa lumba

Monday, November 12, 2012 | 2:14 PM


BATU PAHAT - Tiga lelaki termasuk dua pelajar sekolah menemui ajal apabila motosikal yang mereka naiki untuk berlumba bertembung sesama sendiri di Kilometer 14, Jalan Simpang Lima-Parit Sulong di sini semalam.
Kejadian pukul 1.45 pagi itu menyebabkan seorang mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, dari Parit Puasa; Muhamad Sharul Ramadhan Maharami dan Syazwan Muhammad Rosdi masing-masing berusia 14 tahun dari Parit Haji Abdul Salam, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang berlumba dengan menaiki dua buah motosikal.
Katanya, Muhamad Fetri serta Muhamad Sharul masing-masing menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dan Modenas Kriss manakala Syazwan merupakan pembonceng Muhamad Sharul. Kosmo
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger