1News Online:
Home » » Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanita

Tips mendapatkan pasangan hidup bagi wanita

Monday, November 19, 2012 | 10:54 PM


Pernahkah wanita terfikir, apakah perkara pertama yang dilihat oleh lelaki pada tubuh seorang wanita. Jadi aku senaraikan beberapa perkara yang mungkin wanita tidak tahu supaya wanita belajar dan meningkatkan populariti di kaca mata lelaki bagi memudahkan kaum wanita memiliki pasangan hidup.

Daya Tarikan
Lelaki pastinya melihat perkara buat pertama kalinya. Semakin kuat daya tarikan yang ada pada seorang wanita, semakin banyaklah mata memandang anda. Daya tarikan adalah perkara semulajadi yang ada pada diri wanita. Jadi tingkatkan daya tarikan anda untuk menaikkan saham anda.

Cara berpakaian
Perkara kedua yang sangat penting adalah bagaimana cara wanita berpakaian. Pakaian mencerminkan peribadi fizikal seorang wanita itu. Jika anda berpakaian sopan, maka sopanlah pandangan lelaki. Namun jika anda berpakaian yang menjolok mata lelaki, maka nakallah pandangan lelaki pada ketika itu.

Perilaku
Wanita yang cantik tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik. Maka sebaliknya, jika wanita yang baik perilakunya, maka cantiklah wanita itu. Lelaki tidak mengiginkan wanita yang cantik dan buruk perilaku sebagai calon isteri namun wanita yang cantik dan buruk perilakunya hanya sesuai dijadikan kekasih.

Bentuk tubuh badan
Jika anda tidak mempunyai daya tarikan yang kuat, bersyukurlah jika anda mempunyai tubuh yang menawan dan menarik. Sekurang-kurangnya ianya akan menarik perhatian lelaki untuk memandang anda.

Personaliti
Personaliti memainkan peranan penting. Gaya percakapan, gaya berjalan dan macam-macam perbuatan yang dilakukan oleh wanita akan dinilai sepenuhnya oleh lelaki. Kadangkala lelaki akan terpikat dengan wanita hanya melalui komunikasi. Jadi kaji personaliti anda dan gunakan sebaiknya.

Respons
Dalam banyak mata yang memandang, lelaki perlukan respons bagi melangkah lebih jauh dalam siri perkenalan. Kadangkala lelaki tidak mempunyai cukup kejantanan untuk menegur anda, jadi ramahkan lah diri anda dengan berkata sesuatu seperti “Maaf, boleh saya bertanya…”

Kesimpulan bagi perkara diatas adalah sesuai bagi wanita yang masih belum mempunyai pasangan. Namun bagi yang telah mempunyai suami, jangan berlebihan meningkatkan populariti anda supaya tidak dilabel gedik, tidak menjaga maruah suami dan jalang!. Terima Kasih.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger