1News Online:
Home » , , » Torres dikecualikan

Torres dikecualikan

Monday, November 19, 2012 | 6:17 PM


Roberto Di Matteo menegaskan bahawa beliau akan mengecualikan penyerang Fernando Torres jika ia merupakan pilihan terbaik untuk pasukan.

Torres yang pernah dikatakan sebagai salah satu penyerang terbaik di dunia, masih perlu menyerlah sejak berpindah ke Stamford Bridge dari Liverpool dengan nilai permindahan sebanyak £50 juta dan telah melalui perlawanan yang kurang memuaskan pada Sabtu lalu di mana pasukan jaura bertahan Eropah itu telah ditewaskan 2-1 oleh West Brom.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu hanya mampu menjaringkan satu gol dalam tempoh enam minggu yang lalu. Menantikan perlawanan Liga Juara-Juara akan datang bersama Juventus pada hari Selasa, Di Matteo menegaskan bahawa beliau akan mengecualikan penyerang itu dari kesebelasan pasukan jika perlu.
"Kami akan meneliti seluruh pasukan dan memeriksa setiap pemain," beliau memberitahu The Daily Mirror.
"Namun, jika ia merupakan pilihan terbaik untuk pasukan, saya akan mengecualikan Torres dari kesebelasan pasukan."
Namun, pengurus Itali itu turut menyatakan perkara positif dari kekalahan pada Sabtu lalu iaitu persembahan Daniel Sturridge yang telah meletak tekanan ke atas Torres. 
"Saya ingin mengancam Torres dan kami telah meletakkan Daniel di atas padang," Di Matteo menambah. "Beliau telah memberikan beberapa cubaan hebat yang dihalang oleh penjaga gawang atau yang tersasar.
"Beliau banyak mencabar benteng pertahanan pasukan lawan - kami perlu menjaringkan gol."
Torres telah membuat 86 penampilan untuk pasukan Chelsea dalam kesemua pertandingan namun hanya menemui sasaran sebanyak 19 kali.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger