1News Online:
Home » » Trailer: “Pontianak VS Orang Minyak” Tampilkan Nabil & Johan, Memang Pecah Perut

Trailer: “Pontianak VS Orang Minyak” Tampilkan Nabil & Johan, Memang Pecah Perut

Friday, November 16, 2012 | 11:24 PM



Selain Hantu Kak Limah Balik Rumah dan juga beberapa lagi filem lain, “Pontianak VS Orang Minyak” bakal dilancarkan sebagai sebuah filem komedi seram yang bakal menggeletek perut anda tidak lama lagi.
Menggandingkan 2 orang pelawak masing-masing bekas pemenang rancangan realiti, Raja Lawak, Nabil & Johan sememangnya mampu menceriakan hari anda. Kisah mereka berdua bermula apabila Ketiak (Johan) yang gagal dalam bercinta mahu membunuh diri tetapi diberi peluang oleh lembaga hitam mengecapi segalanya jika dia bersetuju menjadi orang minyak dan merogol 99 orang anak dara.

Kisah Nabil (Nabil) pula bermula dalam usahanya untuk berlatih menyanyi demimenjadi Protege telah tertikam dirinya dan diambil oleh pontianak untuk di jadikan pontianak. Tak semena-mena, dia telah menjadi pontianak lelaki yang pertama di Malaysia.


Cabaran terhebat mereka untuk lulus menjadi hantu bertauliah adalah untuk mendapat mangsa pertama mereka di Kampung Puaka. Tetapi kampung ini pula didiami oleh Bomoh-bomoh dan pawang-pawang terhandal dimana mereka langsung tidak takut akan hantu. Jadi, adakah mereka berdua akan berjaya mengharungi ujian ini? Anda pasti mahu tahu kan?
Saksikan filem ini dipawagam seluruh Malaysia pada 22 November 2012. Filem ini diarahkan oleh Afdlin Shauki dan akan turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Afdlin Shauki, Sharifah Amani, Sharifah Shahira dan juga Khir Rahman.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger