1News Online:
Home » » Twitter Najwa Latif digodam

Twitter Najwa Latif digodam

Friday, November 9, 2012 | 7:27 AM


KUALA LUMPUR: Akaun laman sosial Twitter penyanyi muda popular, Najwa Latif, 17, yang sedang sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diceroboh sejak pagi semalam.
Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu difahamkan tidak tahu mengenai hal berkenaan dan kakaknya, Syafika, 23, terlebih dulu mengesan insiden itu selepas ada rakan memaklumkan.

“Saya mendapat tahu perkara itu sebaik dihubungi seorang rakan yang memaklumkan ‘tweet’ yang muncul menerusi akaun menggunakan nama @NjwaLatif itu ganjil,” kata Syafika.
Katanya, dia cuba berkomunikasi dan meminta penceroboh berkenaan memulangkan semula kata laluan dan menghentikan aktivitinya, namun ditolak.

Menurutnya, penceroboh itu sangat meminati Najwa dan ingin berkenalan secara rapat. Syafika berkata, memang setakat ini dia belum membuat apa-apa yang membahayakan dan tujuannya hanya untuk berkenalan. “Daripada gaya dia berbalas mesej, saya dapat merasakan dia seorang lelaki,” katanya sewaktu dihubungi Harian Metro, semalam.

Akaun rasmi penyanyi berkenaan dikendalikan sementara Syafika sejak Jun lalu.
Menurutnya, Najwa juga sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan sebaik pulang dari sekolah semalam dan sudah memaafkan penceroboh berkenaan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger