1News Online:
Home » , , » United bertuah ada Fergie

United bertuah ada Fergie

Thursday, November 22, 2012 | 2:22 PM


Sir Bobby Charlton mendorong Sir Alex Ferguson untuk berjuang sebagai pengurus Manchester United selagi beliau mampu menjalankan tugas itu.

Menghampiri hari lahir Ferguson ke 71, dan lebih kurang jangka perkhidmatan selama 26 tahun sebagai pengurus United, percapaian Ferguson di Old Trafford akan dikemukakan pada hari Jumaat dengan pendedahan patung pengurus Scotland itu.

Antara tanda-tanda kejutan beberapa tahun ini, termasuk masalah kesihatan yang dialami pada bulan Mei yang lalu, ia dicadangkan bahawa Ferguson kian menghampiri jejak terakhir beliau sebagai pengurus dan musim ini mungkin yang terakhir.

Namun, sesiapa yang mengenali beliau dengan mendalam, tidak berpendapat yang sama.
Charlton yang baru kembali dari Turki bersama Ferguson setelah kekalahan menentang Galatasaray pada malam Selasa, enggan menerima pemergian beliau kerana beliau yakin ia akan menjadi cabaran yang sukar untuk mencari pengganti nanti.

"Apabila kami memutuskan untuk menawar beliau pada pertama kali, kami tidak terfikir bahawa kerjaya beliau akan berpanjangan hingga kini," Charlton berkata.

"Sudah tentu, beliau telah menonjolkan kehebatan untuk mengawal para pemain dan bekerjasama dengan kakitangan pasukan yang juga merupakan salah satu aspek penting dalam kerjaya seorang pengurus.

"Kami bertuah dan ramai orang tentu cemburu dengan pasukan. Beliau seperti dilahir untuk melakukan pekerjaan ini dan akan kekal bersama kami selagi beliau mampu."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger