1News Online:
Home » , , » Walcott Jarang Jadi Pilihan Utama, Wenger: Bukan kerana Kontrak

Walcott Jarang Jadi Pilihan Utama, Wenger: Bukan kerana Kontrak

Tuesday, November 6, 2012 | 7:39 PM


London - Theo Walcott tidak banyak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal akhir-akhir ini. Tetapi  diberitahu bukan berkaitan dengan pembahasan kontrak baru Walcott.

Sejak bulan Ogos lalu Walcott dilaporkan belum pernah turun bermain sejak perlawanan pertama dalam Liga Primer Inggris. Walcott memang pernah dua kali menjadi pemain utama, tetapi pada perlawanan Piala Liga Inggris. 

Hal itu minimbulkan spekulasi. Ada desakan kalau belum adanya persefahaman kontrak baru menjadi alasan Walcott jarang menjadi pemain utama.

Namun demikian, Pengurus Arsenal Arsene Wenger menepisnya. Ketiadaan Walcott sebagai pilihan Utama Arsenal di kancah Premier League, katanya, lebih kepada faktor kecergasan dan bukan kerana perkara kontrak atau lainnya.

"Saya akan membuat keputusan ketika saya tahu dirinya cergas. Dia kini kurang sehat dan tidak berlatih, kita akan terus pantau kecergasannya," kata Wenger di Sportinglife.

"Ia sama sekali tiada berkaitan dengan kontraknya, ini kerana saya sudah menggunakan pemain lain. Kami memulakan musim dengan baik, pada masa itu dia juga cedera," katanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger