1News Online:
Home » , , » Wenger bimbang pertahanan lemah

Wenger bimbang pertahanan lemah

Friday, November 2, 2012 | 4:30 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger yakin bahawa pasukan perlu mengukuhkan lagi benteng pertahanan sebelum perlawanan menentang Manchester United.

Pasukan Gunners akan ke Old Trafford untuk perlawanan menentang United pada hari Sabtu selepas kemenangan besar 7-5 ke atas Reading dalam liga Piala Capital One pada hari Selasa.
Walaupun mampu bangkit dari ketinggalan 4-0, mereka telah memulakan perlawanan dengan lemah dan ia amat membimbangkan pengurus.
"Ia membimbangkan saya sedikit - apabila anda ketinggalan 4-0 dalam hanya 37 minit masuk perlawanan, anda tidak boleh menafikan bahawa masalah mungkin berpunca dari segi pertahanan," beliau memberitahu Arsenal.com.
Di bawah bimbingan pembantu pengurus baru, Steven Bould yang pernah bermain dalam segi pertahanan beberapa tahun yang lalu, pasukan London itu telah memulakan musim ini tanpa membolos jaringan gol hanya untuk menyaksikan prestasi kubu pertahanan mereka merosot dalam 11 perlawanan seterusnya,.
Namun , pengurus dari Perancis itu yakin bahawa anda harus mempertimbangkan kualiti serangan dalam Liga Perdana dan kelemahan benteng pertahanan pasukan.
"Anda harus memberikan kredit kepada kualiti serangan pasukan dalam Liga Perdana. Ia tidak selalu berpunca dari kelemahan anda, ia mungkin dari kekuatan anda," beliau berkata.
Perlawanan antara Chelsea dan Manchester United telah berakhir dengan keputusan 5-4 semalam tetapi ia mampu meningkat sepanjang perlawanan. Kededua pasukan kerap menguki peluang dan kualiti serangan mereka amat kukuh.
"Kami telah berusaha sepanjang tahun lalu dan ramai orang telah melupakan bahawa kami mempunyai rekod di mana kami telah membolosi gol paling sedikit dalam liga.
Arsenal kini berada di tempat ke enam dengan jarak enam mata di belakang United yang turut mengambil tempat kedua dalam liga.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger