1News Online:
Home » , , » Wenger gembira dengan Arsenal

Wenger gembira dengan Arsenal

Wednesday, November 7, 2012 | 5:25 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger yakin bahawa keputusan seri 2-2 bersama Schalke dalam saingan Liga Juara-Juara telah menonjolkan peningkatan Arsenal baru-baru ini.


Pasukan Gunners berjaya mendahului dalam babak pertama sebelum jaringan gol oleh Klaas-Jan Huntelaar dan Jefferson Farfan yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 67.
Keputusan itu telah meninggalkan Arsenal di tempat kedua dengan satu mata di belakang Schalke dan Wenger yakin bahawa ia sememangnya sukar untuk mengatasi pasukan Jerman itu dan beliau gembira dengan peningkatan pasukan yang memuaskan setelah beberapa kekalahan berturut-turut.
"Ia merupakan sebuah perlawanan yang sengit untuk pasukan," Wenger memberitahu Sky Sports.
"Kededua pasukan telah bermain dengan baik. Saya merasakan bahawa ia amat penting untuk menonjolkan penampilan kembali yang hebat dan kami telah melakukan sedemikian. Kami telah bertemu pasukan lawan yang cukup hebat dan ia cukup malang apabila kami membolos satu gol sebelum akhir separuh masa pertama.
"Walcott turut mempunyai peluang untuk menambah mata pada akhir babak kedua tetapi saya tetap percayakan bahawa keputusan seri itu adil.
"Anda boleh merujuk kepada keputsan hasil pasukan Jerman setakat ini. Ia terbukti bahawa mereka mempunyai kekuatan fizikal dan teknikal serta mereka selalu berjuang dalam perlawanan.
"Kami ditewaskan pada hari Sabtu tetapi kami tidak kalah pada hari ini."
"Keputusan seri tidak menjejaskan pasukan. Kami harus menang dalam perlawanan seterusnya bersama Montpellier."
Pengurus Perancis itu juga menghamburkan pujian kepada Theo Walcott yang telah membuka tirai perlawanan pada minit ke 18.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger