1News Online:
Home » , , » Wenger: Gunners semakin yakin

Wenger: Gunners semakin yakin

Tuesday, November 20, 2012 | 6:11 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger menyatakan bahawa kemenangan besar Gunners menentang Tottenham Hotspur telah membangkitkan keyakinanan pasukan.

Wenger tertekan sebelum kemenangan pasukan mengatasi Spurs pada hari Sabtu setelah Gunners hanya mampu meraih dua kemenangan dalam tujuh perlawanan dari kesemua pertandingan yang turut meninggalkan para penyokong kecewa dengan persembahan mereka.
Namun, pasukan Gunners telah menonjolkan kehebatan dalam perlawanan bersama Spurs di padang sendiri dan Wenger yakin bahawa pasukan telah menggunkan keputusan itu untuk kembali yakin.
Beliau berkata kepada Arsenal Player: "Kami telah menunjukkan kualiti pasukan.
"Keputusan itu mampu menyakinkan para pemain. Saya sedang menantikan persembahan terbaik pasukan apabila mereka kembali berjuang dengan penuh keyakinan.
"Kami akan berjuang untuk bermain dengan mantap."
Pengurus Perancis itu turut meluahkan kegembiraan kerana pasukan mampu mengancam dan bertekad untuk memperbaiki benteng pertahanan pasukan yang telah merosot.
"Saya yakin bahawa ia lebih mudah untuk mengukuhkan kubu pertahanan dari mengarah pasukan untuk menjaringkan lebih gol," Wenger menambah.
"Anda akan selalu mendapat peluang sejurus selepas anda menjaringkan satu gol."
"Saya merasakan bahawa prestasi kubu pertahanan akan meningkat hanya jika pemain pasukan mampu menyesuaikan diri. Kami dibolosi banyak jaringan gol menentang Tottenham sebagai satu pasukan dan kami ingin mengulangi persembahan yang sama."
Arsenal akan bertemu Montpellier dalam perlawanan Liga Juara-Jaura yang dikatakan penting sebelum ke Villa Park untuk mengatasi Aston Villa dalam pertemuan liga seterusnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger