1News Online:
Home » , , » Wenger hati-hati dengan ancaman RVP

Wenger hati-hati dengan ancaman RVP

Saturday, November 3, 2012 | 12:34 PM


Robin van Persie telah bermain di bawah pimpinan Arsene Wenger, tetapi pengurus Arsenal itu masih berhati-hati dengan ancaman penyerang Belanda itu.

Arsenal akan menghadapi bekas ketua pasukan mereka buat kali pertama sejak beliau berpindah ke Old Trafford musim panas lalu.

Van Persie telah menjaringkan 132 gol di lapan musim bersama kelab London itu - termasuk 37 gol musim lalu dan membantu mereka mendapat tempat ketiga dalam liga.
Wenger sedar dengan ancaman penyerang Belanda itu, selepas melihatnya menjaringkan tujuh gol di liga untuk United setakat ini.

"Robin van Persie mempunyai kualiti yang hebat, beliau memahami di posisi manakah anda harus berdiri," kata Wenger.

"Beliau boleh menganalisasi sebuah situasi di luar kotak penalti dengan sangat laju. Keupayaanya untuk menganalisasi situasi-situasi seperti itu sangat, sangat hebat.

"Pasukan saya memang kenal dengan beliau kerana telah bermain bersamanya.

"Tetapi di dalam sebuah perlawnanan yang betul, ia adalah tentang masa yang tepat - mampukah mereka bertindak sepantas Robin?"
Kongsi artikel ini : :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 4, 2012 at 5:23 PM

aiyaaaa

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger