1News Online:
Home » , , » Wenger, Hodgson capai persetujuan

Wenger, Hodgson capai persetujuan

Friday, November 9, 2012 | 5:41 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger telah mencapai persetujuan bersama pengurus pasukan England Roy Hodgson ke atas penyertaan Jack Wilshere dalam pasukan.

Pengurus Perancis itu mengakui bahawa beliau lebih suka jika pemain tengah itu tidak disertakan dalam perlawanan tetapi pengurus England Roy Hodgson tidak membazirkan masa untuk meletakkan Wilshere dalam kesebelasan pasukan walaupun pemain yang berumur 20 tahun itu baru kembali ke pasukan Gunners setelah dikecualikan lebih kurang setahun.
Wilshere telah mengalami kecederaan buku lali yang bertambah sejak membuat penampilan ke lima dalam perlawanan menentang Switzerland di Wembley pada tahun 2011.
Beliau dibuang padang dalam perlawanan bersama Manchester United minggu lalu yang turut bermakna bahawa beliau akan dikecualikan dalam perlawanan Liga Perdana Barclays seterusnya bersama Fulham.
Walaupun Wenger lebih suka jika pemain tengah itu berehat untuk permainan di Stockholm minggu depan ,pengurus Arsenal itu turut mendedahkan bahawa beliau dipujuk oleh Hodgson mengenai pengurusan kecergasan Wilshere.
"Anda sedar bahawa ia mungkin terlalu awal untuk Jack bermain dalam perlawanan seperti itu,. Saya telah berbincang dengan Roy Hodgson melalui telefon dan kami mencapai persetujuan," Wenger berkata. Beliau telah membuat penampilan di Hospital Great Ormond Street bersama Wilshere untuk pembukaan pusat rawatan terbaru Arsenal.
"Beliau tidak akan beraksi hujung minggu ini kerana beliau digantung. Beliau dijangka akan menggunakan peluang ini untuk berehat. Roy ingin menyertakan beliau dalam pasukan untuk menyesuaikan diri secepat mungkin."
Wenger bersambung: "Jack telah bermain sebanyak tiga perlawanan setakat ini. Beliau telah dikecualikan selama 17 bulan. Beliau patut berehat setelah tiga perlawanan. Beliau patut melalui 10 hari untuk pulih sepenuhnya."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger