1News Online:
Home » , , » Wenger: Ibra hampir serta Arsenal

Wenger: Ibra hampir serta Arsenal

Friday, November 16, 2012 | 10:57 PM

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendedahkan bahawa Zlatan Ibrahimovic pernah melalui ujian bersama pasukan Gunners apda umur 16 tahun tetapi tidak menawar penyerang itu.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendedahkan bahawa Zlatan Ibrahimovic pernah melalui ujian bersama pasukan Gunners pada umur 16 tahun tetapi tidak menawar penyerang itu.
Ibrahimovic telah menonjolkan persembahan hebat dalam perlawanan menentang England dan telah menjaringkan gol ke empat Sweden pada malam Rabu, tidak melupakan tiga gol beliau yang turut menerima pujian dari pelbagai pemain dan pengurus.
Perlawanan itu juga menampilkan pemain pertahanan Carl Jenkinson untuk kali pertama namun ia adalah penyerang Paris Saint-Germain itu yang telah memaparkan kecemerlangan dalam segi teknikal dan fizikal.
Wenger mendedahkan bahawa pasukan hampir menawar Ibrahimovic ketika beliau berumur 16 tahun tetapi penyerang itu telah memilih untuk bermula di Ajax.
"Beliau telah ke sini untuk melawat padang latihan," pengurus Perancis itu mendedahkan.
"Beliau tidak melalui ujian kerana masih berumur 16 tahun pada masa itu. Beliau telah pulang ke rumah dan kami telah bertekad untuk memerhatikan beliau. Saya ingin melihat beliau dalam sesi latihan.
"Namun, beliau telah membuat keputusan untuk ke Ajax Amsterdam.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger