1News Online:
Home » , , » Wenger risaukan prestasi pemain

Wenger risaukan prestasi pemain

Monday, November 12, 2012 | 6:56 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger merisaukan prestasi pemain antarabangsa beliau yang bakal beraksi minggu ini.

Pasukan Gunners dikecewakan dengan keputusan seri 3-3 menentang Fulham semalam di mana mereka telah mensia-siakan kelebihan dua jaringan gol dalam perlawanan kedua berturut-turut.
Hampir kesemua pemain kesebelasan pasukan Wenger akan beraksi dalam pasukan antarabangsa pada minggu ini walaupun ia masih belum dipastikan jika penyerang Theo Walcott akan bermain bersama pasukan England setelah mengalami kecederaan punggung otot.
Berbaki perlawanan akan datang bersama Tottenham pada petang Sabtu, Wenger kian mengharapkan pemain beliau akan kembali selamat di London Colney.
"Saya lebih suka jika pasukan dapat kekal di sini untuk menyiapkan diri dalam perlawanan akan datang," beliau berkata.
"Saya lebih merisaukan pemain kami yang telah beraksi dalam tiga perlawanan sebelum ini - mereka bakal bermain dalam satu perlawanan pada tengah minggu, sekali lagi menentang Spurs dan yang terakhir bersama Montpellier dalam saingan Liga Juara-Juara.
"Kami tidak mampu membuat perubahan pasukan pada masa ini dan terpaksa bertahan."
Wenger turut bersambung: "Kami tidak mempunyai cukup masa untuk berlatih kerana kebanyakan pemain pasukan tiada. Kami juga tidak mampu berlatih keterlaluan jika anda akan beraksi setiap tiga hari. Perkara sebegini biasa dalam setiap pasukan.
"Saya pernah bermain dalam Liga Juara-Juara selama 15 tahun dan harus melalui yang sama setiap tahun.
"Jika anda bermain dalam Piala Liga juga, anda tidak akan mempunyai seminggu untuk menyiapkan diri untuk perlawanan seterusnya.
Wenger turut mengakui bahawa pasukan sedang kurang keyakinan.
"Kami akan bangkit dengan keyakinan baru. Kami sedar bahawa Spurs merupakan pasukan lawan yang cukup kuat jadi kami akan berusaha sedaya upaya."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger