1News Online:
Home » , , » Wenger sedia kehilangan Walcott

Wenger sedia kehilangan Walcott

Monday, November 19, 2012 | 1:40 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger bersedia untuk kehilangan Walcott pada musim panas akan datang walaupun telah mendedahkan bahawa pemain itu tidak akan dijual.

Wenger telah menolak kemungkinan untuk menjual Walcott pada tahun akan datang jika kontrak pemain yang berumur 23 tahun itu masih belum diselesaikan sebelum akhir bulan depan.
Arsenal hampir mengalu-alukan tawaran dari kelab lain untuk Walcott apabila rundingan kontrak baru - untuk mengantikan kontrak pemain itu yang kian tamat pada musim seterusnya - terhenti pada musim perpindahan yang lalu.
Walaupun telah meletakkan tarikh tamat pada akhir tahun 2012 untuk penyelesaian kontrak, Wenger menegaskan bahawa Walcott tidak akan ke mana pada bulan Januari setelah perlawanan derby 5-2 menentang Tottenham di utara London pada hari Sabtu.
Ditanya jika pemain sayap itu akan dijual jika persetujuan tidak tercapai pada tahun 2013, Wenger berkata dengan mudah, "Tidak."
Namun setelah ditekankan lagi jika Walcott mungkin berpindah dari Arsenal, beliau menjawab, "Ya."
Walcott mungkin menandangani persetujuan pra-kontrak bersama pasukan saingan seperti Liverpool dan Manchester City yang pernah dikatikan bersama pemain itu.
Namun, pengurus Arsenal itu kekal yakin bahawa kontrak mampu diselesaikan sebelum itu. Beliau turut berjenaka: "Jika saya mendengar kata-kata anda setiap hari, ia akan menjadi lebih mahal untuk mengekalkan Walcott.
"Kami akan mengakhiri masalah ini dengan cara positif. Saya sudah memberitahu anda beberapa kali sebelum ini bahawa kami masih berbaki hingga akhir bulan Disember."
Jack Wilshere yang merupakan salah satu rakan sepasukan Walcott dalam kelab dan pasukan kebangsaan, enggan melihat seorang pemain bintang  meninggalkan Emirates Stadium lagi.
"Beliau merupakan seorang pemain England tetapi ia kekal sebagai hak beliau, pengurus dan badan induk pasukan. Mereka akan berusaha sedaya upaya dan saya mengharapkan beliau akan menandangani kontrak itu. "
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger