1News Online:
Home » , , » West Brom kejutkan Chelsea

West Brom kejutkan Chelsea

Sunday, November 18, 2012 | 12:33 PM


Pengurus Chelsea Roberto Di Matteo kembali kepada kekalahan di Hawthorns setelah tewas 2-1 dalam perlawanan Liga Barclays.

Pemain antarabangsa Nigeria Peter Odemwingie menanduk masuk hantaran dari Shane Long, yang telah menjaringkan gol pembukaan, sebelum Eden Hazard menyamakan kedudukan.
Ia bermakna Di Matteo, yang telah mengurus Albion selama dua tahun, mengalami kekalahan pertama di padang lawan dalam kempen Liga Barclays musim ini.
Pasukan Blues telah menguasai kawalan bola dan mengancam saingan dari gerakan Victor Moses dan Daniel Sturridge.
Walaubagaimanapun penjaga gol Albion Boaz Myhill, yang mengambil alih Ben Foster akibat kecederaan, memberi persembahan terbaik beliau setakat ini dan berjaya menangani percubaan-percubaan Chelsea.
Ketiadaan ketua pasukan John Terry akibat kecederaan juga kelihatan menjejas permainan Chelsea dengan benteng pertahanan yang agak lemah.
Long dan Odemwingie telah mengambil kesempatan dan Long akhirnya membuka tirai dan meraikannya dengan mesej yang mengiktirafkan nenek beliau yang telah meninggal dunia.
Pasukan Baggies melancarkan gerakan serangan pertama mereka pada pembukaan perlawanan dengan hantaran Zoltan Gera kepada James Morrison yang memberi bola kepada Long untuk membuka tirai dengan tandukan yang baik.
Ia juga merupakan gol keenam bagi penyerang antarabangsa Ireland untuk musim ini.
Chelsea cuba balas dengan percubaan John Obi Mikel dari jauh tetapi ia tersasar.
Myhill kemudian membuat halangan baik untuk menyelamatkan percubaan Sturridge.
Albion sering mengancam dengan gerakan serangan balas mereka dan Long, yang ditanda oleh Gary Cahill, membuat percubaan baik dari hantaran Billy Jones yang diselamatkan Petr Cech.
Hazard menyamakan kedudukan selepas 38 minit untuk pasukan Blues dengan gol keempat kempen beliau apabila memecut lepas Myhill dan menanduk masuk hantaran Cesar Azpilicueta.
Chelsea terus menguasai perlawanan dan percubaan Moses dari hantaran Cahill tersasar.
Odemwingie menjaringkan gol terakhir perlawanan lima minit selepas masa rehat apabila Long memberi hantaran baik dan penyerang antarabangsa Nigeria itu menanduk lepas Cech untuk gol keempat beliau.
Di Matteo membuat dua perubahan dengan Fernando Torres dan Oriol Romeo yang tidak efektif untuk Juan Mata dan Oscar.
Myhill membuat halangan yang baik dari percubaan Sturridge setelah hantaran Mata menembus benteng Chelsea dan sekali lagi apabila menyelamatkan percubaan Hazard.
Sturridge gagal mengambil kesempatan peluang keemasan pada minit ke 87 apabila gagal mengawal rembatannya yang akhirnya tersasar dan Albion meraikan kemenangan besar pada wisel penamat.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger