1News Online:
Home » , » Willian Disarankan Pindah ke Arsenal, MU, atau Chelsea

Willian Disarankan Pindah ke Arsenal, MU, atau Chelsea

Monday, November 5, 2012 | 2:12 PM


Eduardo da Silva menasihat rakannya di Shakhtar Donetsk, Willian. Kalau Willian ingin berkarier di Liga Inggeris, Eduardo menyarankannya tidak memilih kelab selain Arsenal, Manchester United, dan Chelsea.

Willian adalah salah satu pemain pada masa ini diinginkan oleh pasukan-pasukan besar Eropah. Playmaker asal Brazil itu khabarnya sudah berjaya membuat Chelsea dan Tottenham Hotspur tertarik.

Tapi, Eduardo menilai Spurs tidak termasuk kelab yang sesuai menjadi pelabuhan baru Willian. Menurutnya, cuma The Gunners, The Red Devils, dan The Blues saja yang bagus untuk rakannya itu.

"Ada tiga kelab yang cukup besar dan cukup bagus untuk Willian: Arsenal, Manchester United, dan Chelsea," kata beliau yang dipetik Sky Sports.

"Saya mencadangkan kelab-kelab ini. Tak ada yang lain. Dia perlu bermain di salah satu pasukan terbaik," kata bekas penyerang Arsenal ini.

"Willian sekarang merupakan pemain yang lengkap. Dia boleh bermain untuk kelab besar dan menjadi pemain yang benar-benar bagus," tambah Eduardo.

"Dia mesti bermain di kelab terbaik kerana dia adalah pemain berkelas dunia. Dia tentu boleh bermain di liga Inggeris," ujarnya.

"Kami selalu berbincang dan menonton perlawanan Premier League bersama. Dia bertanya kepada saya tentang liga Inggeris dan gaya permainan di England dan saya memberi tahu dia sedikit perkara," kata dia.

Willian telah bermain di Shakhtar sejak tahun 2007. Pemain berusia 24 tahun yang bernama penuh Willian Borges da Silva itu telah membuat penampilan 214 kali pada semua perlawanan dan menjaringkan 32 gol.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger