1News Online:
Home » , , » Wilshere tabik Cazorla

Wilshere tabik Cazorla

Tuesday, November 20, 2012 | 11:08 AM



LONDON - Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere mengakui teruja untuk bermain bersama Santi Cazorla.
Wilshere berkata, perancang Sepanyol itu memiliki karakter yang berlainan daripada bekas kapten dan rakan sepasukan, Cesc Fabregas yang berpindah ke Barcelona.
Cazorla memainkan watak penting yang membantu skuad The Gunners menewaskan Tottenham Hotspur 5-2 pada aksi Liga Perdana England di Stadium Emirates, Sabtu lalu.
Selain bijak memperdaya pemain lawan, Cazorla mampu melakukan hantaran yang tepat dan memiliki penyudah yang berbisa.
Wilshere yang gembira dengan kejayaan Arsenal kembali di landasan sebenar berkata, kemenangan ke atas Tottenham itu banyak dipengaruhi dengan corak permainan Cazorla.
Dia (Cazorla) berada di kelas yang tersendiri," kata Wilshere.
"Sentuhan dan visinya sangat menakjubkan. Dia adalah pemain yang selalu diimpikan untuk bermain bersama. Dia tidak pernah mempersia-siakan bola dan dia sangat kreatif, sentiasa sibuk di tengah padang dan saya seronok bermain bersamanya.
"Sesuatu yang menarik apabila dia berada dalam pasukan. Ramai individu memberitahu bahawa mereka tidak mengenalinya sebelum ini tetapi saya akan mendengar cerita itu untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
"Dia adalah seorang pemain yang hebat dan apabila kami memiliki pemain seperti ini dalam pasukan, kami pasti teruja untuk bermain bersama."
Ketika ditanya mengenai perbezaan antara Cazorla dan rakan senegaranya di Sepanyol, Fabregas, Wilshere yakin kedua-dua pemain itu memiliki kualiti yang berbeza.
"Bagi saya, dia (Cazorla) adalah berbeza dengan Fabregas. Cazorla mampu merampas bola dan menewaskan pemain lawan. Dia juga mampu melakukan rembatan yang menarik. Saya rasa, mereka berada dalam kelas yang berlainan." - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger