1News Online:
Home » , , » Wilshere: Tak Sukar Bermain Bersama Pemain Baru Arsenal

Wilshere: Tak Sukar Bermain Bersama Pemain Baru Arsenal

Thursday, November 15, 2012 | 10:45 AM


London - Jack Wilshere sudah bermain tiga kali bersama Arsenal pada semua perlawanan semenjak pulih dari kecederaan. Dia menyatakan bahawa tidak sukar bermain bersama pemain-pemain baru The Gunners.

Wilshere diketipkan dari perlawanan Arsenal sejak bulan Jun tahun lalu. Itu bererti pemain 20 tahun itu sudah diketikan selama lebih dari satu musim.


Sebelum diketepikan akibat kecederaan pergelangan kaki, Wilshere masih bermain bersama bintang-bintang Arsenal yang telah berpindah seperti Samir Nasri, cecs Fabregas, Alex Song, dan juga Robin van Persie.

"Ini terasa aneh kerana kali terakhir saya masih bermain dengan Fabregas, Nasri, Alex Song, dan Van Persie," kata Wilshere di laman rasmi Arsenal.

Walaupun demikian, Wilshere juga menyatakan tidak terlalu sukar ketika  bermain bersama dengan pemain baru seperti Lukas Podolski, Olivier Giroud, dan juga Santi Cazorla. Dalam tiga perlawanan yang sudah dilalui bersama Arsenal, Wilshere kelihatan serasi dengan pasukan.

"Sekarang ada pemain-pemain seperti Podolski, Giroud, Cazorla, dan Arteta. Mereka adalah pemain-pemain terbaik sehingga mudah untuk masuk ke dalam pasukan kerana mereka mengetahui bola sepak dengan sangat baik," kata pemain bernombor 10 itu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger