1News Online:
Home » , , » 13 peminat ditangkap kes baling syiling

13 peminat ditangkap kes baling syiling

Wednesday, December 12, 2012 | 4:47 AM


LONDON - Pihak polis bekerja keras untuk menjejaki individu bertanggungjawab membaling syiling ke arah pemain Manchester United, Rio Ferdinand semasa kelab tersebut menentang Manchester City, Ahad lalu.

Ferdinand menamatkan permainan dengan darah pada kening akibat terkena syiling tersebut ketika meraikan jaringan Robin van Persie pada masa kecederaan untuk United menang 3-2 ke atas City di Stadium Etihad.

Pihak polis Manchester turut memberitahu mereka telah membuat tangkapan 13 individu dan mendakwa sembilan orang berhubung insiden tersebut.

"Kami akan melakukan siasatan selepas menahan 13 orang daripada penyokong yang menyaksikan perlawanan tersebut.

"Kami akan bekerjasama dengan kelab yang terlibat dengan insiden tersebut untuk membawa individu bersalah ke muka pengadilan," kata Ketua Inspektor, Steve Howard.

Dalam pada itu, pihak Persatuan Bola Sepak (FA) turut menyiasat insiden tersebut.

Daripada mereka yang didakwa, dua orang melakukan kesalahan dengan berlari menuju ke padang ketika perlawanan bermula.

Penjaga gol City, Joe Hart menahan seorang penyokong yang cuba mendekati Ferdinand selepas insiden membaling syiling tersebut.

Bagaimanapun, penyokong berusia 21 tahun yang juga pekerja landskap, Matthew Stott itu memohon maaf terhadap kelakuannya.

"Saya meminta maaf kepada semua kerana kelakuan saya pada Ahad lalu terutama Ferdinand dan pemain yang lain," katanya menerusi peguamnya.

Sungguhpun telah memohon maaf, namun City tetap dengan keputusan membatalkan tiket semusim Stott.

City berkata, penyokong tersebut akan dikenakan pengantungan seumur hidup daripada kelab berkenaan seandainya didapati bersalah menceroboh kawasan padang.

"Kad untuk menyaksikan perlawanan semusim miliknya telah dibatalkan dengan serta-merta. Jika didapati bersalah dia akan berhadapan pengantungan seumur hidup," kata jurucakap City. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger