1News Online:
Home » , , » 60 peratus setuju Wenger letak jawatan

60 peratus setuju Wenger letak jawatan

Friday, December 14, 2012 | 9:10 AM

LONDON - Arsene Wenger patut meletak jawatan, demikian menurut undian oleh penyokong Arsenal dalam laman web akhbar Britain, The Sun semalam.

Lebih daripada 34,000 pembaca dalam talian akhbar tersebut diberi peluang membuat undian sama ada Wenger patut meletakan jawatan selepas Gunners dimalukan apabila kalah kepada Bradford menerusi penentuan penalti dalam saingan Piala Liga, kelmarin.

Wenger menerima kritikan selepas kalah pada peringkat suku akhir dan setakat ini lebih daripada 60 peratus mengundi mahukan Wenger meletak jawatan.

Wenger, 63, semakin tertekan sejak mula mengemudi Gunners 16 tahun lalu.

Dia bergelut untuk memberikan semangat kepada pemain dan hubungannya dengan pembantunya, Steve Bould juga tidak baik.

Hubungan kedua-duanya dikatakan bermasalah hingga tidak lagi berkomunikasi.

Punca utama kepada masalah tersebut dikatakan kerana kurang persefahaman antara dua individu berkenaan dalam membuat percaturan permainan.

Sumber memberitahu keretakan hubungan mereka semakin ketara di dalam bilik persalinan Gunners.

Kekalahan memalukan kepada kelab daripada Liga Dua, Bradford City menambah lagi tekanan dalaman Arsenal terutama apabila Wenger menyalahkan orang lain.

Kata Wenger, kekalahan tersebut menunjukkan bahawa pemain bintangnya tidak fokus.

"Wenger dan Bould dilihat tidak bertegur antara satu sama lain.

"Ia amat memalukan kerana semua pemain berada di belakang Wenger malah mereka juga menghormati Bould," kata sumber. - AGENSI



Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger