1News Online:
Home » , , » Anelka bakal sertai QPR

Anelka bakal sertai QPR

Tuesday, December 18, 2012 | 10:50 AM



SHANGHAI - Bekas penyerang Chelsea, Nicolas Anelka sedang berunding untuk menamatkan kontraknya dengan Shanghai Shenhua, umum kelab Liga Super China itu, sekali gus menimbulkan spekulasi dia bakal menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).

“Rundingan ini membabitkan kelab dan dirinya, saya tidak tahu sebarang maklumat terperinci.

“Setakat ini, kami masih belum peroleh kata putus," kata jurucakap Shanghai Shenhua, Ma Yue.

Menurut laman portal sukan utama Sina.com, Anelka telah bersetuju untuk melepaskan kontrak tahun terakhirnya yang bernilai AS$7 juta (RM21.4 juta), selagi Shanghai membenarkan dia berhijrah secara percuma.

Laporan itu turut menyatakan bahawa bekas penyerang Arsenal, Real Madrid, Manchester City dan Bolton itu bakal kembali mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris dengan menyertai QPR milik Tan Sri Tony Fernandes.

Anelka yang memiliki 69 cap untuk Perancis, menjadi tajuk utama berita apabila menyertai Shanghai pada awal musim ini, sekali gus menjadi pemain sulung dibawa secara langsung dari Liga Perdana Inggeris yang menjadi kegilaan di China.

Namun, kehadirannya gagal mencipta impak dan dia hanya menjaringkan tiga gol dengan Shanghai menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada 16 pasukan. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger