1News Online:
Home » , » Arsenal akan kekalkan Walcott

Arsenal akan kekalkan Walcott

Monday, December 24, 2012 | 11:28 AM

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere telah menggesa rakan sepasukan Theo Walcott untuk mengikut langkah beliau.

Wilshere yang berusia 20 tahun itu, merupakan salah satu dari lima pemain muda Britain untuk menandangani kontrak baru bersama Gunners minggu lalu, bersama Kieran Gibbs, Aaron Ramsey, Carl Jenkinson dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Kontrak Walcott yang bakal berakhir pada musim panas, dilaporkan sedang diperhatikan oleh pasukan seperti Liverpool dan Manchester City walaupun pemain yang berusia 23 tahun itu meminta lebih gaji dan posisi sebagai penyerang utama.

Wilshere memberitahu The Sun: "Pasukan ingin Theo kekal di kelab. Saya sering menggesa beliau untuk menandangani kontrak itu."

"Namun, ia adalah sesuatu yang beliau perlu menyelesaikan sendiri. Ia adalah keputusan beliau dan saya mengharapkan bahawa mereka (kelab) akan bersetuju sebelum akhir tahun.

"Theo banyak membantu pasukan dan amat penting bagi kelab dan juga para peminat. Kami, lima pemain Britain, baru sahaja menerima kontrak lanjutan jadi kami mengharapkan bahawa beliau akan tetap menyertai kami."

Beliau menambahkan: "Kami semua adalah kawan baik. Kami akan selalu keluar dan makan bersama. Kami telah banyak menghabiskan masa bersama."

Walcott telah membuktikan nilai beliau kepada Arsenal apda hari Sabtu setelah mendapat sepakan penalti yang dijaringkan oleh Mikel Arteta sekaligus meraih kemenangan 1-0 di Wigan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger