1News Online:
Home » , , » Arsenal hampir tempat empat teratas Liga

Arsenal hampir tempat empat teratas Liga

Tuesday, December 18, 2012 | 10:36 AM


Santi Cazorla menjaringkan hatrik dan Arsenal menghampiri tempat empat teratas dalam Liga Perdana Barclays setelah menewaskan kelab corot, Reading 5-2.

Pengurus Gunners, Arsene Wenger terpaksa menyusuli kegagalan pada minggu lepas di mana Gunners dikalahkan di Bradford dalam saingan Piala Capital One - dan ia tiba apabila pasukan lawan itu mendahului 3-0 dalam babak pertama hasil dari usaha Lukas Podolski dan Cazorla.

Pemain Sepanyol itu turut menjaringkan gol ketiga beliau dalam babak kedua dan walaupun pasukan Royals berjaya mendapat dua gol dari pemain gantian, Adam Le Fondre dan Jimmy Kebe, Arsenal memastikan bahawa mereka akan pulang dengan pungutan mata maksima setelah Theo Walcott menyumbangkan gol ke lima pada sepuluh minit terakhir sekaligus meletakkan pasukan hanya jarak dua mata di bawah Tottenham.

Pasukan lawan mula menyerang dari awal permainan apabila pemain tengah Alex Oxlade-Chamberlain menguji penjaga gawang Adam Federici dengan percubaan pertama.

Walcott kemudian mencuba nasib dengan sepakan percuma jarak lebih kurang 23 meter namun tersasar.

Reading hanya mampu mengukir peluang pertama pada minit ke 12 ketika Pavel Pogrebnyak melulusi Kieran Gibbs di bek kanan lalu memberikan hantaran jauh kepada Jobi McAnuff yang turut dihalang.

Arsenal berjaya membuka tirai perlawanan pada minit ke 14 apabila Gibbs meluru ke depan dalam bek kiri untuk memberikan umpanan kepada Podolski yang telah mengejutkan dua pemain pertahanan sebelum menyepak bola masuk gawang dengan kaki kiri.

Pasukan Gunners bertambah yakin apabila percubaan jarak lebih kurang 18 meter dari pemain tengah Cazorla tidak menemui sasaran tidak lama setelah itu.

Mata ditambahakan pada minit ke 32. Kali ini, Podolski menciptakan peluang dari bek kiri dengan sepakan masuk kotak penalti dan Cazorla tiba pada masa yang tepat untuk menanduk bola masuk gawang.

Sebelum pasukan Royals dapat pulih dari kejutan itu, Arsenal turut mendahului 3-0 pada minit ke 35. Hantaran Walcott dari bek kanan ditanduk oleh Gibbs untuk diberikan kepada Cazorla yang terus memanfaatkan peluang itu.

Namun, terdapat kebimbangan bagi pasukan Arsenal setelah Wilshere dikasari oleh McAnuff dan kapten Reading itu diberikan amaran oleh pengadil Anthony Tylor. Wilshere kekal bermain selepas itu.

Walcott turut mencabar benteng pertahanan Reading sekali lagi dalam separuh masa kedua setelah memberikan sepakan kencang hanya untuk dipesong oleh Adreian Mariappa.
Kubu pertahanan Royals dimalukan dalam tempoh sejam selepas itu apabila Cazorla mendapatkan jaringan gol ke tiga beliau.

Namun, penyokong tuan rumah dapat bersorak pada minit ke 66 apabila Le Fondre berjaya menjaringkan gol pertama bagi pasukan tuan rumah. Mereka menambahkan gol kedua dalam 20 minit terakhir apabila Kebe berjaya mengelak dari perangkap ofsaid untuk memasukkan bola dalam gawang.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger