1News Online:
Home » , , » Arsenal : Jangan terkejut, kami akan beli Messi

Arsenal : Jangan terkejut, kami akan beli Messi

Saturday, December 15, 2012 | 6:01 PM


SEMENTARA berada di tangga ketujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim semasa, Pengurusnya, Arsene Wenger menegaskan, beliau pernah memenangi beberapa gelaran sebelum ini meskipun hanya mempunyai pasukan yang lebih buruk berbanding barisan semasa.

Wenger berhujah bahawa skuadnya kini lebih berfokus.

Beliau berhujah beberapa pemainnya telah menyumbang kepada kejuaraan EPL dan beberapa gelaran lain sepanjang 16 tahun lalu.

Sementara itu, penyokong Arsenal mempersoalkan sama ada Wenger benar-benar telah hilang cengkaman terhadap situasi semasa memandangkan kebanyakan pemain sedia ada tidak dapat menandingi legenda seperti Thierry Henry, Patrick Vieira dan Cesc Fabregas.

Tetapi Wenger mempertahankan beberapa pembelian termasuk Gervinho, yang prestasinya turut menyebabkan penyingkiran Arsenal dari saingan Capital One Cup minggu lalu.

Arsenal menghampiri tahun kelapan mereka tanpa trofi dan memberi tekanan kepada Wenger lebih-lebih lagi jika disoal tentang perancangan jangka masa panjangnya.

Dalam pada itu, Wanger masih disokong oleh skuadnya malah bergurau dia akan menghapuskan segala kritikan dengan membeli bintang Barcelona Lionel Messi bulan depan.

Ruang untuk membeli pemain dibuka bulan depan.

"Kita telah cipta satu pasukan baru dan saya percaya beberapa pemain telah pulih daripada kecederaan.

"Mulai sekarang hingga akhir musim ini, kita perlu tunjukkan kita sebenarnya mempunyai kualiti.

"Buat masa sekarang, kita tidak gembira dengan apa yang kita hasilkan, tapi kita boleh melahirkan sesuatu sebelum akhir musim ini," kata Wenger.

Bagi Wenger, membeli seorang pemain dengan harga yang tinggi merupakan satu tindakan menguntungkan.

Pasukannya telah membeli Gervinho pada harga RM24.46 juta.

"Gervinho seorang pemain yang bagus, tapi saya tidak menyangkal pandangan orang lain," jelasnya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger