1News Online:
Home » , , » Arsenal perlu kembali yakin

Arsenal perlu kembali yakin

Monday, December 3, 2012 | 12:15 PM

Pengurus Arsene Wenger merasakan bahawa Arsenal perlu kembali yakin beraksi di padang sendiri jika mereka ingin berjuang dalam kempen Liga Perdana Barclays.


Permulaan yang lemah bagi pasukan Gunners dalam musim ini di bawah pengurus Perancis itu telah berulangi lagi apabila gol lewat oleh penyerang Sepanyol, Michu telah menyebabkan kekelahan 2-0 di padang sendiri pada hari Sabtu.

Wenger bertekad untuk menyemarakkan semangat pasukan setelah meletakkan Gervinho di tengah padang dan Theo Walcott di hadapan namun ia tidak berbaloi. Beliau merasakan bahawa pasukan patut mengambil tahu tentang kebimbangan ini untuk kembali yakin.

"Ia amat mengecewakan bahawa kami tidak mampu bermain di padang sendiri. Mungkin komponen fizikal para pemain terjejas," Wenger berkata.

"Tiada kecekapan dalam hantaran dan kawalan bola setelah kami kelihatan lemah.

"Kami banyak mengawal bola namun mereka mampu mengukir lebih peluang dari kami.

"Kami harus menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana kami mampu memberikan peluang kepada pasukan lawan secara tidak sengaja."

Pasukan bimbingan Wenger itu bakal ke Athens pada hari Isnin untuk perlawanan berkumpulan terakhir mereka dalam saingan Liga Juara- Juara menentang Olympiacos.

Setelah berjaya menjaminkan tempat dalam pusingan seterusnya, Wenger dijangka akan membuat beberapa perubahan walaupun mereka perlu menang untuk mendapat tempat utama di atas Schalke.
"Beberapa pemain pasukan memerlukan masa untuk berehat," Wenger berkata.

"Kami mengharapkan dapat menonjolkan persembahan yang baik di Olympiacos kerana ia penting untuk kami."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger