1News Online:
Home » , , » Arsenal sasar juarai kumpulan, elak jumpa Barcelona

Arsenal sasar juarai kumpulan, elak jumpa Barcelona

Tuesday, December 4, 2012 | 9:47 AM

PARIS - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata, dia meletakkan sasaran untuk memintas Schalke bagi membawa pasukannya berada pada kedudukan teratas Kumpulan B pada pusingan terakhir Liga Juara-Juara.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu menunjukkan peningkatan untuk melangkah ke saingan kalah mati apabila menang 2-0 ke atas Montpellier dua minggu lalu.
 
Bagaimanapun, Gunners perlu menewaskan Olympiakos pada saingan awal pagi esok untuk mengelak daripada bertemu pasukan seperti Barcelona pada pusingan seterusnya.

Schalke ketika ini menjadi pendahulu Kumpulan B dengan 11 mata selepas lima perlawanan manakala Arsenal ketinggalan satu mata kepada kelab dari Jerman itu untuk berada pada kedudukan kedua.

Malah Wenger turut memberitahu kini pasukannya perlu fokus untuk menjadi juara kumpulan.

"Saya akan memberikan sedikit kelegaan kepada pemain untuk memenangi perlawanan bagi memastikan kami berupaya melaksanakan tugas dengan baik.

"Itu yang saya mahu capai. Saya juga yakin Montpellier mahu melakukan yang terbaik pada perlawanan terakhir Liga Juara-Juara mereka.

"Barangkali ada peluang untuk Montpellier menewaskan Schalke," kata Wenger.

Sementara itu, Wenger percaya kunjungan pasukannya ke Greece untuk perlawanan menentang Olympiakos mampu menjadi penawar buat aksi hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

"Kami harap kami mampu memperoleh prestasi baik ketika menentang Olympiakos. Itu penting buat kami," kata Wenger. - AFP
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger