1News Online:
Home » , , » Arsenal terpaksa tunda perlawanan

Arsenal terpaksa tunda perlawanan

Thursday, December 20, 2012 | 4:35 PM


LONDON: Arsenal mengesahkan pertembungan Liga Perdana Inggeris dengan pencabar dari kota London, West Ham pada Hari Boxing ditangguhkan kerana mogok perindustrian yang dijangka dilakukan pekerja kereta api bawah tanah.

Pemandu kereta api London Underground dijangka melancarkan mogok sebanyak tiga kali dengan yang pertama pada 26 Disember ini.

Tindakan anggota kesatuan pekerja Aslef itu mampu mencetus kekecohan perjalanan di ibu negara itu dan Gunners memutuskan untuk menangguhkan perlawanan di Stadium Emirates, mengambil kira kepentingan kedua-dua penyokong kelab itu.

“Berikutan cadangan mogok dan tindakan industri di London Underground pada Hari Boxing, perlawanan Liga Perdana Arsenal menentang West Ham United di Stadium Emirates, yang asalnya dijadualkan pada Rabu, 26 Disember ditangguhkan,” menurut satu kenyataan dalam laman web rasmi kelab itu.

“Keputusan ini diambil sekarang, kerana tempoh persiapan diperlukan bagi menjaga keselamatan Stadium Emirates oleh semua agensi terbabit.

“Kami amat mengambil berat keselamatan penyokong Arsenal, begitu juga penyokong West Ham United, pekerja pada hari perlawanan dan malah setiap orang yang bercadang untuk menghadiri perlawanan pada Hari Boxing.” Tarikh baru perlawanan itu bagaimanapun belum ditetapkan namun Arsenal berkata: “Kelab boleh mengesahkan perlawanan ini akan diadakan semula sama ada pada Rabu, 23 Januari atau Sabtu, 26 Januari.

“Tarikh perlawanan itu akan ditentukan hasil keputusan pusingan ketiga Piala FA, yang akan berlangsung pada hujung minggu Sabtu, 5 Januari dan Ahad, 6 Januari.” Anggota Aslef mengundi 9-1 untuk melancarkan mogok berikutan pertikaian jangka panjang mengenai bayaran kerja lebih masa pada Bank Holidays.

Mereka dijangka melancarkan mogok selama 24 jam pada 26 Disember ini diikuti pada 18 dan 25 Januari. - Agensi
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger