1News Online:
Home » , , » Arsene Wenger Menyesal

Arsene Wenger Menyesal

Thursday, December 13, 2012 | 10:20 AM

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kesal tidak mampu mengekalkan pemain bintang dalam skuad Arsenal tempoh dua tahun ini.

Perjuangan Arsenal untuk meraih trofi pertama sejak 2005 telah dihampakan lagi apabila mereka ditewaskan dalam sepakan penalti oleh pasukan Liga Kedua, Bradford di Valley Parade dalam perlawanan suku akhir Piala Capital One semalam.

Setelah membimbing Arsenal untuk meraih kejayaan, rancangan Wenger untuk membina pasukan lebih mengancam, gagal setelah permergian pemain seperti Samir Nasri, Cesc Fabregas, Robin van Persie dan Alex Song.

Dalam temubual bersama majalah Four Four Two edisi Januari, yang diadakan sebelum kekalahan kepada Bradford semalam, Wenger mengakui bahawa beliau kesal kerana tidak mampu mengekalkan beberapa pemain bintang dalam skuad.

"Saya akan sentiasa kesal dengan keputusan lalu. Saya telah melepaskan beberapa pemain bintang yang mampu mengukuhkan pasukan Arsenal sejak dua atau tiga tahun yang lalu," Wenger berkata.

"Kami ketinggalan dalam perlawanan berkumpulan Liga Juara-Juara menentang Barcelona di mana kami mampu menjaringkan gol pada minit terakhir. Kami juga ketidakmampuan dalam Liga Perdana.

"Namun, anda dapat merasakan potensi dalam pasukan dan saya berpendapat bahawa kami masih mampu berjuang. Namun, pasukan mula berpisah dan kadang-kala, ia amat mengecewakan kerana anda harus bermula sekali lagi walaupun telah berusaha selama lima atau enam tahun."

Wenger turut menambah: "Kami telah kehilangan beberapa pemain bintang awal dalam kerjaya mereka seperti Van Persie, Fabregas, Nasri dan Song dalam tempoh dua tahun. Sudah tentu ia membimbangkan."

Setelah Arsenal memutuskan untuk meninggalkan Highbury pada 2006 untuk berentap di Stadium Emirates yang mempunyai kapisiti sebanyak 60,000, pasukan utara London turut mengalami masalah kewangan berbanding dengan pasukan yang lebih kaya seperti Manchester City dan Chelsea.

Wenger baru menjejak 63 tahun pada bulan Oktober dan tempat beliau sebagai pengurus semakin diragukan pada musim ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger