1News Online:
Home » , » AVB Reputasi Gareth Bale tidak adil

AVB Reputasi Gareth Bale tidak adil

Monday, December 3, 2012 | 6:37 PM

Andre Villas-Boas menegaskan bahawa Gareth Bale bukan seorang 'diver' dan mendedahkan bahawa pemain sayap Tottenham itu didakwakan mudah terjatuh.


Bale yang telah dilayangkan kad kuning kedua dalam dua perlawanan untuk aksi simulasi dalam kemenangan Tottenham 3-0 di Fulham pada hari Sabtu.

Bale yang telah banyak mencabar benteng pertahanan Cottagers, terjatuh setelah dikasari oleh Steve Sidwell dan para pengadil Chris Fowler telah memberikan amaran kepada pemain yang berusia 23 tahun itu walaupun ulangan telah menunjukkan bahawa pemain tengah Fulham itu telah menyentuh kaki pemain Welsh itu.

Bekas pemain Southampton itu turut diberikan amaran untuk kesilapan yang sama pada hari Rabu setelah diatasi Daniel Agger dan sekali lagi, ulangan menunjukkan bahawa ia sebuah kelakuan yang sah.

Ketidakgembiraan Bale apabila dilayangkan kad kuning lagi amat jelas apabila beliau menepuk tangan setelah mendengar keputusan Foy secara menyindir, dan Villas- Boas mengakui bahawa pemain itu berang setelah mendapat reputasi untuk berkelakuan 'diving'.

"Ya, beliau amat berang dengan reputasi itu," pengurus Tottenham itu berkata.

"Ia sukar untuk beliau terutamanya dalam dua permainan sebelum itu.

"Saya merasakan bahawa beliau sedang berhati-hati apabila beraksi di atas padang.

"Saya tidak mengatakan bahawa kesemua pemain yang telah mencabar Gareth berniat jahat, tetapi kelakuan mereka agak pantas sehingga para pengadil tidak mampu menilai dengan tepat."

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers telah bertemu ketua pengawai, Mike Riley awal musim ini setelah beliau kurang bahagia dengan rawatan para pegawai terhadapa Luis Suarez, namun Villas-Boas tidak merancangkan yang sama.

"Tidak," Villas-Boas berkata apabila ditanya jika beliau akan melakukan yang sama dengan Riley yang merupakan ketua Kumpulan Pegawai Profesional Perlawanan.

"Ia amat sukar untuk para pengadil menilai dengan cepat."

Bale turut mengalami kecederaan hamstring dalam babak kedua dan terpaksa tempang keluar padang.
Pemain yang berusia 23 tahun itu menyerlah sepanjang musim dan dijangka akan dikecualikan selama dua minggu tetapi Villas-Boas yakin bahawa pasukan mampu bertahan tanpa pemain bintang mereka.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger