SUSULAN hukuman denda yang dikenakan Manchester City ke atas
Mario Balotelli Mei lalu, penyerang Itali itu membawa pengurusannya ke Tribunal
Liga Perdana.
Tribunal yang terletak di London itu akan mendengar kesnya
Rabu ini.
Balotelli mencabar keputusan City mengenakan denda gaji dua minggu atas tindakan disiplin.
Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu telah terlepas 11
perlawanan domestik dan di Eropah musim lalu selepas dijatuhkan hukuman
digantung perlawanan.
Balotelli bagaimanapun merayu terhadap keputusan denda itu,
tetapi panel bebas lembaga City tetap mempertahankan hukuman tersebut.
Kes itu akan didengar
oleh tiga orang panel.
Dalam perbicaraan itu, Balotelli dijangka hadir bersama
peguam Itali dan wakil Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional manakala City
akan membawa wakil peguam mereka.
Denda dua minggu adalah hukuman maksimum yang ditetapkan
dalam kontrak pemain standard dan
walaupun City enggan mengulas mengenai kes itu, mereka tetap yakin akan
memenangi perbicaraan tersebut.
Post a Comment