1News Online:
Home » , » Balotelli terlalu bernilai, seperti Mona Lisa

Balotelli terlalu bernilai, seperti Mona Lisa

Friday, December 7, 2012 | 10:49 AM

LONDON - Ejen kepada Mario Balotelli menyifatkan penyerang Manchester City itu tidak ternilai harganya, sama seperti lukisan Mona Lisa.

Mino Raiola mendakwa tiada kelab mampu untuk membayar Balotelli sambil menyifatkan bintang kontroversi berusia 22 tahun itu seperti karya agung Leonardo Da Vinci yang diinsuranskan pada harga 62 juta pound (RM303.8 juta) 55 tahun lalu.

Nilai tersebut bersamaan dengan 447 juta pound (RM2.19 bilion) hari ini.

Kata ejen itu: "Balotelli tak ternilai harganya umpama Mona Lisa dan City juga menjelaskan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menjual pemain itu".

Presiden AC Milan, Silvio Berlusconi merupakan peminat Balotelli dan tidak berputus asa mahu menyambar khidmatnya dari City.

Namun Raiola menegaskan: "Tiada satupun kelab Itali mampu menanggung harga tersebut."

Balotelli kini hanya merupakan penyerang pilihan keempat di belakang Carlos Tevez, Sergio Aguero dan Edin Dzeko dan banyak dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain apabila tempoh perpindahan dibuka semula bulan depan.

Penyerang Itali itu beraksi dalam lapan perlawanan musim ini dan menjaringkan tiga gol, satu perkembangan yang mungkin mendorongnya untuk meninggalkan City sama ada seawal Januari atau pada penghujung musim nanti. - AGENSI
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger