1News Online:
Home » » Banjir semakin teruk

Banjir semakin teruk

Tuesday, December 25, 2012 | 1:09 PM




KUALA TERENGGANU – Keadaan banjir di Pantai Timur semakin teruk apabila jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah manakala penduduk di Kelantan dan Pahang mula berpindah semalam.

Sehingga pukul 9 malam tadi, dilaporkan sebanyak 2,921 orang dipindahkan di ketiga-tiga negeri tersebut.

Di Terengganu, hujan yang berterusan menyebabkan banyak 1,301 orang daripada 361 keluarga di tujuh daerah dipindahkan ke 18 pusat pemindahan sehingga pukul 11 malam tadi.

Jumlah tersebut bertambah berbanding 144 orang daripada 26 keluarga yang dipindahkan di Dungun kelmarin.

Kenyataan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu dalam laman web etindakan.terengganu.gov.my menyebut Setiu mencatatkan jumlah paling tinggi dengan 461 mangsa daripada 128 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan.

Jumlah itu diikuti Dungun dengan 317 mangsa daripada 80 keluarga dan Marang dengan 171 mangsa daripada 41 keluarga.

Di Besut, seramai 101 mangsa daripada 26 keluarga turut berpindah ke dua pusat pemindahan diikuti sebanyak 91 mangsa daripada 25 keluarga di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu melibatkan seramai 154 mangsa daripada 61 keluarga dan di Kemaman dengan enam mangsa daripada dua keluarga.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger