1News Online:
Home » , , » Barry bakal digantung FA

Barry bakal digantung FA

Wednesday, December 12, 2012 | 12:34 PM

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini bakal kehilangan Gareth Barry setelah pemain tengah padang itu didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA).

Kekecewaan pasukan berganda setelah baru ditewaskan oleh Manchester United dalam perlawanan derby pada hari Ahad. Pemain antarabangsa England itu dituduh menggunakan kekata kurang sopan terhadap pegawai perlawanan.

Barry harus memutuskan jawapan kepada tuduhan itu yang juga difahamkan telah berlaku pada akhir permainan, sebelum hari Khamis pada pukul 4pm.

Jika beliau tidak mengemukakan rayuan, pemain tengah padang itu akan melalui penggantungan selama satu perlawanan dan jika beliau melakukan sebaliknya dan turut didapati bersalah, penggantungan itu akan bertambah ke dua perlawanan.

Barry disertakan dalam 15 dari 17 perlawanan domestik dan juga dalam saingan Liga Juara-Juara. Beliau turut memegang posisi yang penting dalam benteng pertahanan pasukan yang telah memberikan peluang kepada pemain untuk menjadi lebih kreatif untuk mengukir peluang.

Setelah dikalahkan oleh United, pasukan bimbingan Mancini kini berada jarak enam mata di belakang United dan juga jarak empat mata di depan Chelsea.

Mereka berjaya memungut lima mata dari kesemua 12 dan perlu kembali bangkit dalam pertemuan dengan pasukan Newcastle yang telah memungut empat mata dari tujuh perlawanan sebelum itu, di St James' Park.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger