1News Online:
Home » , , » Barry digantung perlawanan liga

Barry digantung perlawanan liga

Friday, December 14, 2012 | 4:44 PM

Gareth Barry digantung untuk satu perlawanan setelah mengakui bersalah kepada tuduhan menggunakan kekata kurang sopan terhadap seorang pegawai.

Pemain tengah yang berusia 31 tahun itu terpaksa menerima hukuman setelah dituduh menggunakan kata-kata kurang sopan dalam insiden pada akhir kekalahan derbi kepada Manchester United pada hari Ahad.

"Pemain Manchester City, Gareth Barry akan melalui penggantungan satu perlawanan dan akan bermula serta merta setelah mengakui bersalah kepada tuduhan menggunakan kekata kurang sopan terhadap pegawai perlawanan pada akhir perlawanan menentang Manchester United pada hari Ahad, 9 Disember 2012," kenyataan dari FA berkata.

"Beliau juga didenda sebanyak £8,000."

Setelah meletakkan kenyataan itu di laman web rasmi, City turut mengatakan bahawa kededua kelab dan Gareth Barry terpaksa menerima hukuman itu yang akan mengecualikan Barry dari perlawanan mengatasi Newcastle pada hujung minggu ini.

Barry mampu disertakan semula untuk pertemuan bersama Reading di padang sendiri pada 22 Disember.

Barry telah bermain dalam 15 dari 17 permainan domesstik dan juga Liga Juara-Juara. Beliau kini memegang peranan yang penting di benteng pertahanan.

Pasukan bimbingan Mancini kini berada jarak enam mata di belakang pencabar terdekat dan jarak empat mata di hadapan Chelsea dalam kedudukan liga.

Mereka telah memungut lima maat dan perlu kembali bangkit di St James Park mengatasi pasukan Newcastle yang hanya meraih satu kemenangan dari sepuluh perlawanan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger