1News Online:
Home » » Bekas PM Itali Kena Bayar Nafkah Isteri Kedua

Bekas PM Itali Kena Bayar Nafkah Isteri Kedua

Friday, December 28, 2012 | 11:57 PM



ROME: Sebuah akhbar Itali melaporkan butiran penyelesaian kes penceraian antara bekas perdana menteri negara itu, Silvio Berlusconi dan isteri keduanya, Veronica Lario menyatakan bahawa beliau perlu membayar nafkah kepada isterinya sebanyak AS$4 juta (RM12.24 Juta) sebulan.

Corriere della Sera pada Jumaat berkata, kertas kerja sudah pun difailkan dalam tribunal di Milan pada hari Krismas lalu.

Lario mengumumkan dia menceraikan jutawan media yang berpengaruh pada 2009, yang menunjukkan bahawa bekas suaminya berada pada parti ulang tahun ke-18 seorang gadis dan kecenderungannya pada wanita-wanita muda.

Pasangan itu ditemukan di bilik persalinan pada 1980 selepas Berlusconi melihat Lario membyat persembahan di teater di Milan, dan berkahwin pada 1990 dan mempunyai tiga anak.

Berlusconi mempunyai dua anak daripada perkahwinan pertamanya.

Berlusconi yang berusia 76 tahun ketika ini sedang berpacaran dengan seorang wanita yang 50 tahun lagi muda daripadanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger