1News Online:
Home » , , » Benitez akan beli pemain baru

Benitez akan beli pemain baru

Thursday, December 13, 2012 | 9:06 AM

Rafael Benitez telah mengatakan bahawa Chelsea mungkin membeli pemain baru dalam musim perpindahan pada bulan Januari.

Kecederaan Oriol Romeo yang mengakhiri musim beliau dengan Chelsea bermakna yang mereka hanya tingga John Obi Mikel dalam posisi pemusnah di tengah padang tetapi pemain antarabangsa Nigeria itu akan menyertai kejuaraan Piala Afrika bulan depan.

Chelsea telah dikaitkan dengan pemain Corinthians Paulinho, pemain Newcastle Cheick Tiote dan pemain Everton Marouane Fellaini.

Pasukan Blues juga dikatakan sedang mencari penyerang baru dan pemain Atletico Madrid Radamel Falcao adalah antara sasaran mereka.

Benitez telah berkata dalam wawancara sebelum perlawanan Piala Kelab Sedunia dengan Monterrey: "Kelab ini sentiasa mencari pemain baru yang handal, jadi kami akan lihat jika ada apa-apa kejutan baru."

Benitez juga telah mengakui yang kecederaan Romeu yang dialami dalam perlawanan dengan Sunderland telah mengejutkan pasukan Blues itu.

"Kami tidak menjangka yang kecederaan Oriol Remeu begitu teruk."

"Beliau akan pulih juga dan mempunyai masa depan yang cerah kerana masih muda."

Apabila ditanya jika beliau akan menyertakan kesebelasan utama yang muda dalam perlawanan Piala Kelab Sedunia, Benitez menjawab: "Tidak, saya ingin menang. Saya akan pilih pemain yang dapat mendorong kemenangan kami. Kami tidak mampu fikir tentang peringkat akhir sebelum menang peringkat separuh akhir ini."

Benitez juga telah menyatakan yang pasukannya menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan masa Yokohama apabila tiba pada haru Ahad.

Benitez telah menegaskan yang Piala Kelab Sedunia ini amat penting baginya.

Pemain pertahanan Gary Cahill juga menyokong pandangan pengurusnya.

Beliau telah berkata: "Saya ingin menang trofi apabila tiba di Chelsea. Ini adalah peluang yang amat baik.

"Tidak semua yang dapat serta kejuaraan ini. Kami telah membuat perjalanan yang jauh dan ingin memenanginya."

"Kami mempunyai beberapa pemain Brazil dalam pasukan kami dan sedar yang ia amat penting bagi mereka."

Chelsea telah tiba di Yokohama selepas dua kemenangan berturut-turut walaupun Benitez gagal mendorong kemenangan pasukannya dalam tiga perlawanan sebelum itu.

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger