1News Online:
Home » , , » Benitez beri amaran kepada Chelsea

Benitez beri amaran kepada Chelsea

Friday, December 14, 2012 | 11:11 AM

Rafael Benitez memberikan amaran kepada Chelsea untuk lebih mantap sebelum ditewaskan dalam perlawanan final dalam saingan Piala Kelab Dunia.

Pengurus Benitez berpuas hati dengan keputusan 3-1 di Yokohama tetapi telah memberikan amaran kepada pasukan tentang kelemahan di benteng pertahanan yang telah gagal untuk mendapatkan clean sheet.

Benitez bimbang jika ia berulang dan menghampakan pasukan juara Eropah itu dalam perlawanan final menentang pasukan lawan dari Amerika Selantan, Corinthians pada hari Ahad.

Beliau berkata: "Saya tidak begitu gembira kerana kami telah membolosi satu gol.

"Ya, kami telah menang tetapi perkara seperti ini akan menjejaskan keputusan dalam perlawanan akhir."

Beliau menambah: "Apabila saya memikirkan tentang keputusan akhir, saya sering mementingkan perkara kecil seperti ini kerana ia dapat membuat perbezaan.

"Pasukan harus menang dan juga mengelak dari membolosi sebarang gol kerana penjaga gawang suka mendapat clean sheet.

"Mereka harus fokus sepanjang 90 minit. Ia adalah sesuatu yang perlu kami memperbaiki."
Walaupun telah menang Piala Kelab Dunia bersama Inter Milan pada dua tahun yang lalu, Benitez pernah melalui kekecewaan ditewaskan dalam perlawanan final setelah Liverpool dikalahkan oleh Sao Paulo tujuh tahun yang lalu.

Chelsea gagal untuk memanfaatkan beberapa peluang dalam babak pertama pada hari Ahad dan hanya mampu mendahului 1-0 melalui Juan Mata.

"Anda harus menggunakan peluang yang diberikan," Benitez berkata setelah menyaksikan pemain pasukan menambahkan mata melalui Fernando Torres pada dua minit masuk separuh masa kedua dan gol sendiri dari Darvin Chaez sebelum yang terakhir dari Aldo de Negris dalam masa tambahan.

"Kini, pasukan lebih berjuang kerana mereka ingin menang," Benitez berkata.
"Mereka lebih yakin dan sedang menikmati permainan."

-ESPN
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger