1News Online:
Home » , , » Benitez Bersedia Di singkir Jika Guardiola Datang

Benitez Bersedia Di singkir Jika Guardiola Datang

Saturday, December 15, 2012 | 11:34 AM


Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez, menyambut baik berita mengenai kemungkinan kedatangan Pep Guardiola ke Stamford Bridge. Dia mengaku rela melepas jawatanya jika pihak kelab benar-benar membawa bekas Pengurus Barcelona.

Chelsea membawa Rafael Benitez pada 21 November lalu dengan kontrak sehingga akhir musim 2012/13. Setelah kontrak kerja pengurus tamat, pengurusan kelab dikabarkan bakal membawa Pep Guardiola.

Dalam sebuah sesi wawancara menjelang final Piala Dunia Kelab melawan Corinthians, Benitez mengaku tidak keberatan jika kelak kontraknya tidak dipanjangkan dan posisinya digantikan oleh Guardiola.

"Guardiola memiliki rekod yang sangat bagus. Jika dia datang ke Chelsea dan boleh memenangi banyak trofi, maka saya sangat selesa," kata bekas pengurus Liverpool itu kepada BBC Sport.

"Ketika memutuskan untuk datang ke sini, saya tahu bahawa saya hanya menandatangani kontrak dalam tempoh enam atau tujuh bulan. Jadi, saya tidak memikirkan lebih dari itu," tambah Benitez.

Sejak dilantik sebagai pengurus sementara Chelsea, Benitez mendapat bantahan keras dari peminat sendiri. Sebab, semasa masih menjadi pengurus Liverpool, dia pernah mengatakan bahawa dirinya tidak akan melatih di Stamford Bridge.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger