1News Online:
Home » , , » Benitez mula bangga diri

Benitez mula bangga diri

Monday, December 10, 2012 | 10:09 AM


PENGURUS sementara Chelsea, Rafael Benitez menyifatkan kemenangan ke atas Sunderland merupakan perkara lebih penting buat pasukannya daripada memenangi hati penyokong sendiri.

Sebelum ini, Benitez dikritik hebat, malah mengundang kemarahan peminat The Blues.

Pemilik Chelsea, Roman Abromovich melantik beliau menggantikan Roberto di Matteo yang dipecat.

“Bukan untuk saya, sebaliknya untuk pasukan, untuk kelab, untuk semua orang di sini, kita mahu menang dan kami mahu menang bersama-sama,” katanya.

Kelmarin, penantian ditunggu-tunggu Chelsea akhirnya tiba apabila The Blues menamatkan badi kekalahan dalam tujuh perlawanan sebelum ini dengan menundukkan Sunderland 3-1 di Stadium of Light.

Kemenangan tersebut membuatkan Chelsea kekal di tangga ketiga dengan meraih 29 mata setelah mengharungi 16 perlawanan setakat ini.

Susulan kemenangan tersebut, Benitez yakin sambil menegaskan Chelsea masih boleh mencabar kejuaraan EPL daripada dua pesaingnya, Manchester United (MU) dan Manchester City.

“Ketika mengemudi Valencia, kami lapan mata di belakang. Jika kami melakukan perkara sama di sini, kami akan mampu merangkul kejuaraan.

“Lagipun, saya tidak bimbang mengenai jarak, cuma lebih penting adalah kita perlu menang dan merapatkan mata,” katanya.

Benitez berkata lagi: "Ia penting untuk menunjukkan tahap sama dan kami mempunyai kualiti boleh dibanggakan. Teruskan dengan corak permainan ini dan kami akan menang lebih banyak perlawanan," katanya.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger