1News Online:
Home » , , » Benitez Persoal Cita-Cita Para Pemainnya

Benitez Persoal Cita-Cita Para Pemainnya

Wednesday, December 5, 2012 | 2:08 PM


London - Rafael Benitez  masih lagi diragukan krebelitinya untuk membawa Chelsea kembali ke puncak. Tapi dia juga bertanya apakah masih ada cita-cita untuk memenangi trofi dalam diri John Terry dan yang lain-lain.

Posisi Benitez pada masa ini hangat dispekulasikan meskipun beliau baru tiga kali memimpin The Blues. Apatah lagi dengan keputusan dua kali seri tanpa gol tambah kekalahan 1-3 kepada West Ham United lalu.

Bantahan dari peminat boleh jadi semakin ramai dan Benitez mahu tidak mahu mesti cepat memberikan keputusan-keputusan positif demi menjaga posisinya sekurang-kurangnya sehingga akhir musim. Jika Chelsea gagal layak ke pusingan 16 pasukan terakhir, mungkin Benitez akan lebih cepat angkat kaki dari Stamford Bridge.

Berkali-kali diserang media, kini Benitez kembali "menyerang" dengan menanyakan apakah pemain Chelsea masa ini masih mempunyai hasrat untuk memenangi trofi dan bersaing dengan pasukan top lain, pada musim lalu Chelsea boleh jadi juara Liga Champions, trofi yang sangat diidamkan oleh Roman Abramovic.

"Sebagai kelab besar yang sudah memenangi banyak trofi anda kehilangan satu perkara penting, iaitu cita-cita," ujar Benitez di Soccerway.

"Chelsea sudah memenangi Liga Champions, pencapaian yang luar biasa, tapi mereka kini sedikit mengubah perspektif mereka untuk musim depan," lanjutnya.

"Itu mengubah rasa dahagakan kemenangan dari pemain dan staff. Jika anda ingin tetap berada di level teratas untuk waktu lama, anda harus tampil kompetitif. Ini adalah sebahagian dari tugas kami untuk mendorong mereka (pemain) serta mencuba untuk tetap bersaing," kata Pengurus

"Ini adalah situasi normal di setiap kelab. Saya hanya boleh berpendapat mengenai apa yang saya lihat: ada komitmen pada setiap sesi latihan. Saya tidak boleh katakan bahawa mereka tidak ingin menang, kerana mereka sudah memenanginya."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger