1News Online:
Home » , , » Benitez sering kecualikan Oscar

Benitez sering kecualikan Oscar

Wednesday, December 19, 2012 | 10:23 AM

Rafael Benitez terima kekecewaan Oscar kerana dikecualikan dari kesebelasan pasukan dalam kekalahan Piala Kelab Dunia menentang Corinthians pada hari Ahad.

Ia dilaporkan bahawa Oscar akan beraksi dalam pertemuan suku akhir di Leeds dalam saingan Piala Capital One namun beliau amat kecewa kerana hanya mampu bermain dalam beberapa perlawanan di bawah bimbingan Benitez setakat ini, dengan hanya tiga dari tujuh perlawanan.

Pemain Brazil itu telah meluahkan kekecewaan beliau setelah diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan menentang Corinthians tetapi Benitez menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai isu bersama pemain itu.

"Oscar adalah seorang pemain bola sepak yang profesional jadi kami tidak mempunyai isu dengan beliau," beliau berkata.

"Saya telah cuba menyertakan setiap pemain terutama dalam posisi beliau kerana kami juga mempunyai pemain seperti Eden Hazard dan Juan Mata yang mampu melaksanakan tugas dengan baik.

"Ia agak sukar bagi mereka tetapi ia akan tampil berguna untuk pasukan apabila diancam dengan pelbagai masalah. Pasukan tiada masalah atau isu dengan perkara ini.
"Oscar bakal bermain pada masa akan datang dan saya pasti bahawa beliau akan menjadi salah seorang pemain terbaik di kelab.

"Oscar tidak begitu gembira kerana beliau tidak dapat beraksi namun ia telah menonjolkan keinginan beliau untuk bermain. Sudah tentu ia akan menjadi masalah jika beliau telah memberikan reaksi selain dari itu."

Pertemuan bersama Leeds akan menjadi perlawanan ke lapan bagi Benitez sejak 25 hari yang lalu sebelum pertembungan Krismas menentang Aston Villa, Norwich, Everton dan QPR akan datang.
"Kami harus menang dalam beberapa permainan. Kami tidak boleh leka kerana setiap perlawanan amat penting bagi pasukan.

"Musim Krismas ini agak penting kerana anda akan bermain dalam beberapa perlawanan yang mampu mengubah keadaan."

Benitez turut mengakui bahawa beliau sedang berada dalam perbincangan bersama pengerusi teknikal, Michael Emenalo tentang musim perpindahan pada bulan Januari nanti.

"Saya mengharapkan bahawa kami mempunyai kecukupan masa untuk mengemukakan beberapa pemain pada dua atau tiga hari setelah permainan," beliau berkata.

"Tiada mesyuarat rasmi yang diadakan kerana kami bertemu setiap hari. Michael sedang memerhatikan sesi latihan dan kami sentiasa berbincang tentang pemain dan seluruh pasukan.

"Saya tahu apa Michael suka dan beliau tahu apa yang saya suka. Kami saling memahami."

Chelsea terjejas dengan ketiadaan John Obi Mikel,Gary Cahill dan Ramires akibat penggantungan sementara penyerang Daniel Sturridge kembali beraksi dari kecederaan hamstring dan John Terry yang masih tersekat dengan masalah lutut.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger