1News Online:
Home » , , » Benitez tiada jawapan masa depan Lampard, Cole

Benitez tiada jawapan masa depan Lampard, Cole

Tuesday, December 4, 2012 | 9:50 AM

LONDON - Jurulatih sementara Chelsea, Rafael Benitez memberi menjelaskan tentang masa depan Frank Lampard dan Ashley Cole selepas timbul desas-desus bahawa kedua-dua pemain itu akan meninggalkan kelab tersebut penghujung musim ini.

Pemain tengah, Lampard dan pertahanan, Cole akan tamat kontrak pada penghujung musim ini dan Benitez, yang dilantik menggantikan Roberto Di Matteo berkata, ia kelihatan kedua-dua era pemain itu sudah berakhir.

Bagaimanapun, Benitez berkata, dia tidak tahu sama ada kedua-dua pemain antarabangsa England itu akan kekal di kelab tersebut pada musim depan.

"Apabila saya ditanya mengenai perkara ini, mungkin saya disalah erti atau bahasa Inggeris saya tidak begitu bagus. Namun situasi yang saya tahu ialah kontrak mereka akan tamat (selepas musim ini berakhir). Selain itu saya tidak tahu.

"Saya tahu Frank gembira di sini dan dia adalah pemain pemain yang mempunyai daya kepimpinan. Dia merupakan salah seorang daripada pemain yang sangat penting tetapi saya tidak tahu tentang masa depannya.

"Jadi saya tidak boleh berkata, ya atau tidak dia akan kekal atau pergi, Januari ini atau penghujung musim ini. Buat masa sekarang saya tidak tahu," katanya.

Benitez diberi tekanan oleh penyokong Chelsea yang tidak gembira tentang layanan yang diberikan terhadap Di Matteo.

Dalam tiga perlawanan yang dikemudikannya mereka hanya seri tanpa jaringan sebanyak dua kali dan Sabtu lalu ditewaskan 1-3 ketika bertemu West Ham United, menyebabkan mereka ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.

Benitez berkata, dia telah berjumpa dengan pihak atas kelab untuk membincangkan tentang strategi memperkuatkan pasukan menjelang perpindahan Januari ini.

"Kami tidak bercakap tentang pemain yang akan meninggalkan kelab.

"Cuma mereka bertanyakan kepada saya tentang pemain yang akan datang bukannya yang akan meninggalkan kelab," katanya. - REUTERS
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger